Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Subsidi Harus Bersasar, Bukan...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan...

49 PATI Bolos Sempadan...

BUKIT KAYU HITAM: Sekumpulan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan...

Dua Beranak Cedera Jatuh...

MIRI - Seorang ibu dan anak lelakinya cedera selepas terjatuh dari eskalator di...

Pembangunan Menara KL Putra...

KUALA LUMPUR - Pembangunan Menara Pusat Dagangan Dunia KL Putra yang bakal menjadi...

Nikah Esok, Ummi Nazeera Akui Rasa Berdebar

KURANG 24 jam menjelang hari bahagianya, pelakon Ummi Nazeera mengakui dia amat berdebar menghadapi saat-saat terakhir sebelum diijabkabulkan.

Kata Ummi, 27, walaupun ketika ini dia sedang sibuk dengan persiapan terakhir bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, debaran untuk bergelar isteri tetap terasa.

“Debaran itu memang terasa tambahan pula ia akan berlangsung dalam masa 24 jam sahaja lagi. Saya berdebar untuk semua perkara sama ada untuk menjadi isteri mahupun soal perancangan majlis.

“Alhamdulillah setakat ini semua persiapan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya juga sangat sibuk menguruskan beberapa hal yang berkaitan majlis,” ujarnya, memetik laporan sebuah akhbar.

Bercakap mengenai konsep untuk majlis pernikahannya, Ummi dan bakal suami, Dr. Mohd Izzar Anwari, mengabadikan minat mereka sebagai tema pada majlis tersebut.

“Kami berdua mempunyai hobi yang sama iaitu mendaki. Oleh sebab itu, kami telah memilih sebuah majlis yang berkonsepkan enchanted forest,” jelasnya.

Ummi dan Dr. Mohd Izzar bakal bergelar suami isteri pada malam esok dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.


Manakala kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan pada 5 Ogos dan 12 Ogos ini.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 11 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarga Ummi. – MYNEWSHUB.CC

 

Kategori