Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gila Berani.. Selamba Selfie...

GAMBAR salah seorang anggota kumpulan rapper Palestin, DAM yang dimuatnaik di laman mikro Twitter telah...

Pharmaniaga Yakin Dapat Kontrak...

KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Bhd. yakin mampu mendapatkan kontrak daripada Kementerian Kesihatan menerusi...

Muka, Badan Bertukar Merah...

TINDAKAN seorang wanita yang tersalah guna produk kecantikan mengundang padah sehingga menyebabkan tubuh...

Butiran Terperinci Projek Pan...

KAJANG - Kementerian Kerja Raya akan memaklumkan butiran terperinci termasuk kos sebenar projek...

Norman Hakim Bakal Bersanding Sekali Lagi?

SEBELUM ini pasangan Shuib dan Siti Sarah disebut-sebut apabila pasangan ini bersanding buat kali pertama selepas genap enam tahun bernikah.

Kini, giliran aktor Norman Hakim pula naik pelamin sekali lagi selepas enam tahun mendirikan rumah tangga dengan aktres Memey Suhaiza.

Menjadi duta rasmi bagi Mahligai Impian Catering & Events Mac lalu, majlis persandingan yang bakal diadakan pada 24 September ini merupakan tanda simbolik atas perlantikan mereka.

“Insya-Allah jika tiada halangan kami akan kembali naik pelamin dan majlis itu nanti diharap dapat beri keberkatan dan manfaat serta tidak bersifat klise dengan sambutan ulang tahun perkahwinan yang selalu kita dengar.

“Pada acara itu juga saya juga ingin meraikan anak sulung saya iaitu Mohamed Danish Hakim yang berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Apa yang menariknya, majlis itu akan melibatkan keluarga besar mereka dan kemungkinan besar bekas isterinya, Abby Abadi dan suami, Faizal Zakaria turut bersanding bersama.

Menurut mStar Online lagi, majlis yang akan diadakan di Selayang, Selangor itu bertemakan Islamic Vintage dan dijangka seramai 5,000 sehingga 10,000 tetamu hadir memeriahkan persandingan mereka.


Memey turut berkongsi perasaannya antara malu dan teruja apabila bakal ‘naik pelamin’ buat kali kedua dengan Norman selepas enam tahun berkahwin.

“Saya gembira dan teruja memandangkan majlis kali ini saya sudah berhijab berbanding ketika bersanding dahulu.

“Dapatlah saya kongsi gambar perkahwinan untuk tatapan anak-anak berbanding gambar sebelum memakai tudung sebelum ini,” ujarnya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

Kategori