Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Sebarang Perpecahan Dalam...

PUTRAJAYA - Golongan yang tidak berpuas hati wujud dalam mana-mana organisasi politik termasuk...

Pangsapuri 2 Bilik Sama...

LONDON – Satu unit pangsapuri dua bilik di tengah kota London dijual pada...

MRT: Kontraktor Tidak Ikut...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal kejadian blok landasan projek Mass Rapid Transit (MRT)...

Najib Kekal Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan pengakuan...

Operasi Haji Musim 1438 Hijrah Berjalan Lancar

MAKKAH – Operasi haji musim 1438 Hijrah di Makkah berjalan lancar berdasarkan maklum balas daripada Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji (TH), kata Pengarah Operasi Makkah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim.

Beliau berkata pusat berkenaan adalah tempat jemaah mendapatkan ​​​​pengesahan maklumat dan mengemukakan aduan berkaitan segala hal ehwal mereka supaya dapat ditangani sebaik mungkin.

“Kita membahagikan aduan ini kepada tiga jenis iaitu aduan ringan yang boleh diselesaikan segera, sederhana diselesaikan dalam tempoh beberapa jam atau satu hingga dua hari, manakala aduan berat memerlukan masa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah di sini.

Setakat 1 Ogos, beliau berkata sebanyak 91 aduan direkodkan pusat khidmat berkenaan dengan kebanyakannya membabitkan lencana pengenalan diri sama ada hilang atau rosak yang semuanya sudah diselesaikan.

“Sehingga kini, tiada aduan utama (berat) diterima. Kesemua rekod mengenai aduan dikaji dan dianalisis selepas musim haji untuk mengenal pasti trend aduan, dan boleh membawa kepada penambahbaikan untuk musim haji akan datang,” katanya.


Sebagai pengarah operasi, Ahmad Sohaimi berkata beliau juga bertanggungjawab untuk urusan pentadbiran dan kebajikan pegawai TH termasuk melibatkan makanan, pengangkutan dan peralatan.

“Kita juga melaksanakan sistem penilaian yang penting untuk merancang pemilihan dan pembangunan pegawai TH pada masa hadapan,” katanya.

Secara keseluruhan, kira-kira 600 pegawai TH akan bertugas di Makkah dan Madinah semasa musim haji kali ini, termasuk bertanggungjawab untuk memberi bimbingan agama, sokongan teknologi maklumat, pusat rawatan, penginapan dan pengangkutan. – BERNAMA

Kategori