Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

JPN Kelantan Bantu Remaja...

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sedang mengambil tindakan bagi membolehkan seorang...

Ketua Pembangkang DUN Melaka...

MELAKA - Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Mohamad hari ini mengarahkan...

Peminat Tarik Zip Baju...

Penyanyi terkenal Mexico. Thalia terpaksa berdepan dengan peminat `kurang ajar’ yang telah membuka...

Pemandu Wanita Mati Ditembak...

GEORGE TOWN - Seorang wanita maut ditembak pemyerang bermotosikal dalam kejadian pembunuhan nekad...

Orang Penting FIC Akan Dipanggil Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang individu penting berhubung pembelian dua buah hotel di London dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata pihaknya dijangka memanggil individu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.

“Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi,” katanya
kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam tadi.

Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan manakala lebih 30 saksi telah dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.

“Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank,” kata Azam.

Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.


“Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah atau salah guna kuasa,” katanya.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh
FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014.

Manakala SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini. -BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori