Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Pembunuhan Duta...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Duta Besar Rusia Andrey Karlov di...

Lelaki Pancut Air Mani...

IBARAT sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, aksi seorang lelaki melakukan...

Rasis: Orang Politiklah Perosak...

35 tahun lalu, saya belajar di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Alor...

Ahli Perniagaan, Penganggur Didakwa...

GEORGE TOWN - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Orang Ramai Berduyun Memenuhi Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Orang ramai daripada segenap lapisan umur dan pelbagai kaum sejak seawal 6 pagi berduyun-duyun memenuhi Dataran Merdeka untuk bersama barisan kepimpinan negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menggunakan kemudahan pengangkutan awam khususnya Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorail dan bas, orang ramai termasuk pelancong berpusu-pusu bergerak ke dataran yang hari ini bertukar wajah menjadi ‘Stadium Merdeka’ untuk mendapatkan tempat duduk terbaik bagi menyaksikan sambutan yang diadakan setahun sekali itu.

Sambil mengibarkan Jalur Gemilang, riak ceria dan teruja jelas terpancar pada wajah malahan ramai juga yang bangga mengenakan pakaian bercorak ‘Jalur Gemilang’, membanjiri persekitaran Dataran Merdeka, terutamanya di Jalan Raja Laut, yang menyediakan teres tempat duduk dan skrin gergasi LED yang memaparkan setiap pergerakan acara persembahan.

Pasukan pancaragam terbesar yang dianggotai 11 agensi keselamatan dan penguat kuasa negara memulakan persembahan menghiburkan para hadirin seawal 7 pagi manakala pasukan pancaragam Victoria Institution mengadakan persembahan poket di hadapan Menara DBKL.


Cuaca cerah dan tenang memudahkan pergerakan orang ramai serta hampir 18,000 peserta yang terlibat dalam acara sambutan Hari Kebangsaan kali ini bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’. – BERNAMA

Kategori