Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM...

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan...

Original Spaghetti Alla Carbonara...

Boleh dihidangkan untuk 6 ke 8 orang, resepi yang sangat mudah tetapi sedap...

Polis Jerman Tahan Wartawan...

BERLIN - Polis Jerman menahan wartawan Al-Jazeera, Ahmad Mansour, 52, di Lapangan Terbang Tegel, di...

Nazri Tetap Akan Hadir...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

PAN Iktiraf Syahid Memali Sebelum Bersama Tun M

KUALA LUMPUR – Facebook rasmi Parti Amanah Negara (PAN) pada 18 November 2015 pernah memuat naik status memperingati Tragedi Memali dan mendoakan Allah S.W.T merahmati roh para syuhada yang terkorban dalam peristiwa pada tahun 1985 tersebut.

Penasihat Umum PAN, Ahmad Awang malah pernah menghujahkan kesyahidan Ibrahim Libya pada Mesyuarat Khas Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu sebelum Ahmad membarisi pimpinan Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Bagaimanapun hari ini, selain DAP, PAN paling lantang mempertahankan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tragedi berdarah tersebut, malah seolah-olah membayangkan penduduk kampung yang terkorban dalam tragedi di Baling, Kedah itu sebenarnya menjadi mangsa ketaksuban.

“Cara PAN menangani Tragedi Memali ini menunjukkan kelemahan parti itu dalam berorganisasi selain menunjukkan ketidakkonsistensiannya dalam memperjuangkan isu.

“Kenyataan yang dibuat menunjukkan slogan “Islam sebagai rahmat untuk semua” tidak terpakai kepada PAS di mana PAN dilihat hanya berminat menghentam PAS.

“Keterikatan PAN dengan PAS ini menimbulkan tanda tanya ke atas kemampuan parti itu bergerak ke hadapan selaras dengan imej “progresif” yang cuba diprojeksi olehnya,” tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook hari ini.

DAP dan PAN melalui kenyataan beberapa pemimpinnya sejak semalam cuba mengambarkan bahawa penduduk kampung yang terkorban dalam Tragedi Memali disebabkan ketaksuban keatas pemimpin PAS, bukan disebabkan oleh kekejaman Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.

Tuan Ibrahim dalam pada itu mengingatkan PAN bahawa kesyahidan Ibrahim Libya dan 13 pengikut beliau dipersetujui oleh semua pemimpin PAS, termasuk Allahyarham Yusof Rawa, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Mohd. Noor.


“Kesyahidan mereka turut dinyatakan oleh PAS dalam satu memorandum yang ditandatangani oleh Haji Yusof Rawa, kepada Perdana Menteri (Mahathir) pada 19 Februari 1986,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan pemimpin PAN yang mempertikaikan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat Tragedi Memali atau mempersoalkan punca Peristiwa Memali bukan pewaris PAS.

Beliau berkata demikian kerana PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang disingkirkan kerana dilihat terlalu taksub kepada ideologi DAP dan PKR yang berbaur liberal dan sekular.

PAN kemudian menganggotai Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP bersama-sama PKR dan PPBM. PPBM ditubuhkan oleh Mahathir bagi melunaskan dendamnya keatas parti Melayu UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Kategori