SEORANG bapa yang membuat panggilan bom palsu ke sekolah anak perempuannya semata-mata mahu meluangkan lebih masa dengan anaknya itu, telah dihukum penjara 14 bulan.
Tindakan Gary Barnes, 25, itu telah mengakibatkan kanak-kanak dan guru di sekolah rendah Tonacliffe di Whitworth, Greater Manchester, Britain pada 9 Disember tahun lepas, ketakutan.
Ia juga mengakibatkan lebih 320 pelajar dan 45 kakitangan sekolah itu dipindahkan sementara pihak berkuasa terpaksa melakukan pemeriksaan rapi di situ.
Empat hari kemudian, Gary membuat panggilan bom palsu kali kedua dan panggilan ketiga dibuat kepada kakitangan sekolah dengan memberitahu dia membawa senjata dan mahu mengambil anaknya.
Akhirnya Gary ditangkap dan dia mengaku bersalah. Gary yang juga bapa kepada dua anak itu mempunyai sejarah kemurungan dan sedang mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB.CC