Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

TMJ ‘Sound’ Editor Astro...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar editor sukan...

Laluan Jadi Pemanah Tradisional...

PETALING JAYA - Siapa sangka, bermula dengan baucar latihan percuma bernilai RM100, pemanah...

Najib, Abe Bincang Gelombang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membincangkan gelombang kedua...

Najib Tersentuh Hati Mendengar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

PAS Bantah Malaysia Sokong Ketetapan OIC Isu Al-Aqsa

PAS Pusat membantah keputusan kerajaan Malaysia menyokong ketetapan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengguna pakai penyelesaian dua negara dalam konflik Palestin-Israel.

Justeru Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan media hari ini menggesa kerajaan Malaysia segera menarik balik sokongan terhadap formula penyelesaian yang dikemukakan OIC di Istanbul, Turki kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh mendakwa konon kaedah secara penyelesaian dua negara itu sebagai membelakangkan perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin daripada penjajahan kejam rejim Zionis-Yahudi.

“Menyokong penyelesaian ini juga bererti memberikan pengiktirafan tidak langsung kewujudan Israel walhal ia adalah negara haram ditubuhkan secara tidak bermaruah melalui pelanggaran undang-undang,” kata Nasrudin.

Bagaimanapun kenyataan beliau itu agak pelik kerana Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC tersebut menegaskan sokongan Malaysia terhadap usaha oleh Raja Jordan.

Malaysia ujarnya, yakin dengan Raja Abdullah II Al-Hussein selaku penjaga rasmi tapak suci di Al-Aqsa itu mampu mencari penyelesaian adil dan komprehensif dalam memulihkan semula keamanan di kota suci Islam berkenaan.

“Ia juga bagi merealisasikan penyelesai­an ‘dua negara’ dengan negara Palestin yang bebas, berdasarkan sempadan peta sebelum tahun 1967 dan Baitulmaqdis Timur sendiri diiktiraf sebagai ibu negara Palestin,” jelas Anifah lagi.

Penegasan Malaysia dalam penyelesaian konflik Israel-Palestin itu turut disambut baik oleh pelbagai negara anggota OIC termasuk ketika pertemuan Anifah secara peribadi dengan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir sendiri.

Berikut kenyataan penuh Penerangan PAS Pusat berhubung sokongan kerajaan Malaysia terhadap ketetapan rasmi Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC dalam kemelut Al-Aqsa:

1. PAS membantah kenyataan yang dibuat oleh YB. Dato’ Sri Anifah Aman pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai penyelesaian yang paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak (Israel dan Palestin).


2. Sesungguhnya kenyataan ini telah membelakangkan perjuangan dan pengorbanan rakyat Palestin yang selama ini sehingga sekarang belum pernah berhenti berusaha demi membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Zionis-Yahudi.

3. Menegaskan bahawa penyelesaian dua negara sebagai jalan keluar bagi isu ini memperlihatkan bahawa YB Menteri dan Kementerian Luar Negeri atau Kerajaan Malaysia sendiri tidak jelas dengan kedudukan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa ini menurut perspektif sejarah dan akidah Islam.

4. Menyokong penyelesaian dua negara ini juga bererti memberikan pengiktirafan tidak langsung kepada kewujudan Israel sedangkan ia adalah sebuah negara haram yang ditubuhkan secara tidak bermaruah melalui pembunuhan, pencabulan hak asasi dan pelanggaran undang-undang.

5. Oleh itu, PAS mendesak YB Menteri atau Kementerian Luar Negeri menarik semula kenyataan ini dan juga menggesa Kerajaan Malaysia agar menjelaskan pendirian dan sikap rasmi negara berhubung perkara ini.

Sekian.

”Sejahtera Bersama Islam”

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kategori