Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Seorang Murid Cedera Ringan,...

KUALA LUMPUR - Dua murid yang dalam perjalanan pulang ke rumah berdepan detik...

Iran Larang Penggunaan Media...

KEPUTUSAN drastik telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Iran dengan mengharamkan penggunaan rangkaian media...

Ahmad Maslan: Bersih 4.0...

BERIKUTAN demonstrasi aksi seni bela diri yang dilakukan kumpulan anti-Bersih di perkarangan pusat beli-belah...

FB Pos Malaysia Dihujani...

KUALA LUMPUR - Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad dihujani pertanyaan sama ada pengguna...

PAS Desak Suruhanjaya DiRaja Siasat Memali

KUALA LUMPUR – PAS menggesa kerajaan mewujudkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat dan mengkaji tragedi Memali yang mengorbankan ramai penduduk sebuah kampung Melayu di Baling, Kedah sewaktu zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 dan mengorbankan 14 nyawa, mencederakan berpuluh-puluh serta menahan beratus-ratus yang lain itu wajar disiasat demi keadilan semua pihak yang terlibat.

Menurut beliau, Suruhanjaya DiRaja berhubung tragedi itu wajar dibentuk memandangkan timbul pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar supaya satu siasatan yang telus dan adil dilakukan untuk membongkar tragedi Memali.

Katanya, PAS membuat permintaan itu dengan merujuk kepada pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Musa Hitam bahawa Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China.

“Saksi-saksi kejadian tragedi Memali tampil mendakwa bahawa Kertas Putih mengenai peristiwa Memali yang dibentangkan oleh kerajaan (Mahathir) di Parlimen adalah penuh dengan pembohongan.

“Apakah mereka yang pernah menghadiri himpunan tersebut dan mengikuti kes Memali secara dekat kini bersetuju dengan versi tragedi Memali seperti yang didakwa Dr Mahathir semalam di mana pihak polis bertindak dengan betul bagi mempertahankan diri? Atau kebenaran tidak lagi penting pada sesetengah mereka kerana mereka kini memerlukan Mahathir untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Isu berhubung tragedi Mamali kembali timbul apabila Mahathir dalam program Nothing 2Hide anjuran Pakatan Harapan baru-baru ini menyifatkan penduduk kampung berkenaan wajar dibunuh oleh pihak polis ketika menjawab soalan salah seorang peserta mengenai tragedi tersebut.


Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tetapi didominasi oleh DAP secara senyap-senyap.

Kekecohan timbul apabila beberapa penyokong Pakatan Harapan lain yang berang soalan itu dikemukakan kepada Mahathir dalam program tersebut melemparkan kerusi kepada individu yang mengemukakan soalan tersebut lalu berlaku pergaduhan besar antara mereka.

“PAS mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja diwujudkan bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Mahathir kini bersengkongkol dengan parti pembangkang lain untuk menumbangkan UMNO bagi melunaskan dendam kesumatnya keatas parti Melayu tersebut kerana enggan memenuhi kepentingan peribadinya sewaktu beliau masih berada dalam UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Kategori