Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelayan Didenda RM1,800 Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelayan restoran warganegara Bangladesh didenda RM1,800 atau tiga bulan...

Ucapan ‘Bersemut’ Isteri Buat...

EWAHHH... Romantis sungguh permaisuri hati kepada penyanyi, Noh Salleh iaitu Mizz Nina apabila...

Rita Ora Dan Irina...

SEBAIK berlabuhnya tirai Anugerah Akademi ke-87 yang mengiktiraf kejayaan pengkarya seni filem Hollywood,...

DAP Berang ADUN PAS...

KUALA LUMPUR - DAP menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang daripada...

Pasangan Panda Gergasi Dibiar Mengawan Kali Ke-2

KUALA LUMPUR – Zoo Negara tidak menolak kemungkinan untuk membiarkan pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang mengawan buat kali kedua selepas anak haiwan itu Nuan Nuan pulang ke China, sebelum hujung tahun ini.

Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli bagaimanapun berkata, ini bergantung pada keinginan pasangan panda gergasi itu untuk mengawan ketika tempoh kesuburan, antara April hingga Mei.

“Oleh kerana pasangan panda hanya akan melalui proses pengawanan sekali sahaja dalam setahun iaitu dari April hingga Mei, kami perlu memantau gerak-geri pasangan itu terlebih dahulu sebelum diletakkan sekali dalam satu sangkar.

“Sekiranya berjaya dan anak kedua mereka dilahirkan, anak panda tersebut akan melalui proses yang sama seperti Nuan Nuan untuk dihantar pulang ke China selepas umurnya genap dua tahun,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Jadi ke-11 Pasangan Panda Gergasi itu di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), hari ini.

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang; Presiden Zoo Negara Datuk Zaharin Md Arif; dan Timbalan Presidennya Rosly@Rahmat Ahmat Lana.

Dr Mat Naim berkata GPCC mencipta sejarah apabila Xing Xing dan Liang Liang berjaya melahirkan anak panda luar daripada China dalam tempoh terpantas di dunia iaitu dalam tempoh setahun selepas ketibaan mereka dari Chengdu pada tahun 2014.

“Jika dilihat di zoo-zoo dan pusat konservasi panda luar daripada China, mereka mungkin mengambil masa sehingga lima tahun untuk menghasilkan anak mereka,” katanya.

Katanya pihaknya sejak bulan lepas, sedang cuba untuk melatih anak panda Nuan Nuan menyesuaikan diri di dalam satu sangkar khas yang akan menempatkannya ketika dihantar pulang ke China menerusi kargo,
“Sangkar khas itu akan diisi dengan makanan kegemarannya dan dilatih untuk berada di dalamnya sekurang-kurangnya enam jam sehari dalam tempoh dua bulan.

“Buat masa sekarang Nuan Nuan hanya berada di dalam sangkar khas itu tidak melebihi sejam dan kami akan terus melatihnya sehingga lebih enam jam kerana perjalanan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu mengambil masa kira-kira lima jam,” katanya.

Dr Mat Naim berkata, berat badan Xing Xing kini adalah 130kg, Liang Liang 108kg manakala Nuan Nuan pula 78kg.


“Kami memberi makan sebanyak dua kali kepada haiwan ini setiap hari dan setiap kali sebanyak 30kg buluh, buah buahan dan kek panda akan disuap kepada haiwan ini pada waktu pagi dan petang,” katanya.

Sementara itu, Dr Huang berkata kelahiran Nuan Nuan di Zoo Negara merapatkan lagi hubungan persahabatan antara China dengan Malaysia.

“Kerajaan China juga sangat mengalu-alukan sekiranya pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang masih dapat melahirkan anak kedua mereka di Malaysia selepas Nuan Nuan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Pasangan panda gergasi dari Chengdu, China itu yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi dan tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014.

Program perjanjian antara Malaysia dan China itu ditandatangani pada 2012 dan menerusinya, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi berkaitan panda gergasi selain membangun serta melatih kepakaran tempatan, bagi tempoh 10 tahun.

Berdasarkan perjanjian itu pasangan panda itu akan berada di Malaysia selama tujuh tahun lagi. – BERNAMA

Kategori