Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hotel Berjaya Penang Bebas...

GEORGE TOWN – Hotel Berjaya Penang mengambil langkah menghentikan penggunaan straw plastik mulai...

PAS, UMNO Mahu Calon...

SHAH ALAM - PAS dan UMNO sepakat mahu kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil...

Perdana Menteri Lancar Portal...

PUTRAJAYA - Satu lagi inisiatif kerajaan - portal 1DANA - dilancarkan Perdana Menteri...

Suarez Bantu Barcelona Belasah...

PARIS - Luis Suarez menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua ketika Barcelona...

Pasar Raya Di Tawau Henti Jual Ayam Import

TAWAU – Sebuah pasar raya di Batu 3 di sini diarah menghentikan penjualan ayam import serta merta selepas status halal bekalan bahan itu meragukan.

Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau, Abdul Imam Basirun berkata arahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Ternakan (JPHT) yang turut mahu bekalan tersebut dikembalikan kepada pembekal.

“Pihak JPHT memberi tempoh masa tiga hari kepada pasar raya berkenaan untuk mengembalikan kesemua ayam import itu dan akan mengambil tindakan merampas serta tindakan undang-undang jika gagal mematuhi arahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi bersepadu yang dijalankan pada pukul 3 petang bersama anggota penguatkuasa dari Jabatan Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Majlis Perbandaran Tawau (MPT) serta JPHT itu berakhir di sini, sebentar tadi.

Abdul Imam berkata, di Tawau hanya ayam import dari negara Belanda sahaja dengan kod NL5048EG dibenarkan dijual dan diperakui halal.

Katanya, masyarakat khususnya penduduk muslim di daerah ini diminta lebih peka dengan isu berkaitan ayam import yang meragukan status halalnya dan tidak terpengaruh dengan tawaran harga yang lebih rendah.

Pada masa sama beliau meminta agar masyarakat terus tampil menyalurkan segala maklumat berkaitan khususnya menjelang musim perayaan sambutan Hari Raya Haji.


Sementara itu Wakil JPHT Tawau, Rayna Kimsin berkata ayam import yang dijual itu diragui selepas kotak ayam yang diperiksa terdapat tanda pelekat yang ditanggalkan.

“Kita tidak yakin sama ada ayam import ini betul dari Nertheland kerana kita syaki ia dari Amerika Syarikat sebab itu kita ambil tindakan,” katanya.

Pada Ramadan lepas JPHT Tawau menyita ayam sejuk beku di pasaraya berkenaan sebanyak 6 tan kerana status halalnya meragukan. – BERNAMA

Kategori