Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ara Kemalangan, Kereta Hampir...

CUACA yang tidak menentu sejak kebelakangan ini membuatkan banyak kejadian tidak diingini telah...

Dakwaan Kanak-Kanak Diculik Untuk...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada sebarang laporan polis berhubung...

PR1MA Bantu Golongan Muda...

SUNGAI PETANI - Pembinaan rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia...

Angka Kematian Arak Beracun...

KUALA LUMPUR - Jumlah terkini kematian disebabkan meminum arak mengandungi metanol di seluruh...

Pasukan Terbaik Akan Menang – Rexy Mainaky

KUALA LUMPUR – Pasukan terbaik akan menang. Malaysia akan berdepan juara bertahan Thailand dalam final badminton berpasukan wanita di Axiata Arena di Bandar Sukan Kuala Lumpur Bukit Jalil, esok.

Jurulatih Thailand Rexy Mainaky berkata kedua-dua pasukan sama kuat dan sebagai dua pasukan terbaik, menurutnya anak didiknya tidak akan mengambil mudah pasukan Malaysia.

“Kami tahu pasukan kami berada di ranking teratas tetapi kami melihat lawan kami sebagai setara sama ada dalam perseorangan pertama, kedua atau ketiga mahupun beregu.

“Perlawanan esok pasti menarik untuk dilihat dan pasukan yang menang adalah yang terbaik,” katanya.

Dalam perlawanan separuh akhir hari ini, pemain badminton Malaysia menang 3-0 ke atas pencabar terdekat Indonesia dalam pertarungan penuh dramatik.

Soniia Cheah menamatkan perlawanan pertama menentang Fitriani Fitriani dengan kemenangan 21-17, 21-17 dan mata kedua diraih selepas beregu Indonesia, Ni Ketut Mahadewi Istarani-Rosyita Eka Putri Sari menarik diri pada mata 7-5 akibat kecederaan.


Aksi bertenaga dan sengit antara Goh Jin Wei dan Hanna Ramadini yang berakhir dengan keputusan 21-16, 21-13 mengesahkan tiket ke final buat Malaysia.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Thailand menewaskan Singapura 3-1 untuk ke aksi final yang dijadualkan 9 pagi esok.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat emas adalah pada 2009 di Laos. – BERNAMA

Kategori