Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suntikan Vaksin Pneumokokal Percuma...

IPOH - Suntikan vaksin pneumokokal secara percuma akan dilaksanakan bulan Jun tahun ini...

Tidak Ada Karakteristik Sesuatu...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,...

Video: Rakyat Di China...

RAKAMAN sebelum ini yang memaparkan video kejadian ngeri seorang wanita 30an 'ditelan' ketika...

Lokasi Gelap & Berlumpur,...

Operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 oleh anggota BASARNAS terpaksa ditangguhkan petang ini...

PDRM Tetap Proaktif Perangi Kumpulan Militan Daesh

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap mengambil tindakan proaktif memerangi kumpulan militan Daesh di negara ini walaupun gerakan pengganas itu dilihat semakin lemah susulan kematian ketua militannya di Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, April lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya sentiasa memantau mana-mana cubaan untuk menggugat keselamatan negara.

“Kita sentiasa memantau kalau ada sebarang cubaan, bukti yang ada (tentang) usaha untuk mengganggu gugat, kita akan ambil tindakan, walaupun hampir sebulan tak ada tangkapan.

Sejak dulu lagi kita ambil langkah proaktif untuk ambil tindakan, sebarang cubaan untuk melancarkan serangan dapat dipatahkan, kita tidak mahu benda dah jadi, baru nak ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Pemikiran Ummah anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini.

Pada 8 Mei lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kematian Muhammad Wanndy dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.

Muhammad Wanndy yang juga dikenali sebagai Abu Hamzah Al-Fateh dipercayai dalang kepada beberapa serangan di rantau ini termasuk di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor, tahun lalu.

Pemimpin atasan Daesh dilapor mula hilang keyakinan kepadanya susulan kegagalannya dalam operasi di Malaysia.


Ayob berkata namun begitu pihaknya akan terus berkongsi maklumat perisikan untuk mengesan baki pejuang dan pengikut Muhammad Wanndy yang masih lagi berhubung dengan rakan-rakan Daesh di Syria.

“Kita akan teruskan pemantauan kongsi maklumat untuk pastikan sebarang cubaan untuk masuk, merancang ataupun mengarah orang Malaysia untuk buat serangan, kita dapat patahkan sebelum mereka lancarkan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang ancaman militan ‘lone wolf’ (secara bersendirian) Ayob berkata tidak mudah untuk mengesan ancaman seperti itu jika tidak mendapat maklumat perisikan yang baik seperti yang dihadapi di Sepanyol, London dan Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Kalau kita tengok dekat Eropah mereka pun tak dapat kesan ‘lone wolf’, mana-mana individu boleh pergi (serang) pakai kenderaan lori atau trak untuk langgar orang awam, kalau tidak ada maklumat perisikan memang tak akan dapat halang,” katanya. – BERNAMA

Kategori