Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sah PAS Rasmi Putus...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan...

Mula Turun Padang Kenal...

TAIPING - UMNO Bahagian Bagan Serai mula turun padang  bagi mengenal pasti calon yang berpotensi dan disukai rakyat...

Jangan Beri Peluang Kedua...

KUALA LUMPUR - Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import (AP) tidak seharusnya diberi peluang...

390,000 Peluang Pekerjaan Telah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak kira-kira 390,000 peluang pekerjaan telah dicipta sehingga September tahun...

Pecah Rumah Meningkat 42% Di Daerah Pendang

PENDANG – Polis daerah Pendang mengingatkan orang ramai agar lebih berwapada ketika menyimpan peralatan pertanian dan perniagaan supaya tidak mudah terdedah kepada kes kecurian harta benda yang semakin meningkat di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata, berdasarkan statistik dari 1 Jan hingga 15 Ogos lalu, kes pecah rumah mencatatkan peningkatan hingga 42.11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Rekod kita mendapati, kes pecah rumah pada sebelah siang dan malam terus meningkat kepada lapan kes menjadikan 27 kes atau kenaikan 42.11 peratus berbanding hanya sembilan kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Ini menunjukan semua pihak perlu bekerjasama membantu pihak polis dengan meminimumkan risiko kecurian bagi mengelak masyarakat mengalami kerugian apabila mesin rumput, pam racun, tong gas mereka dicuri,” katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat di daerah itu mengunci dan memantau premis atau stor milik mereka sama ada di kampung mahupun di kebun milik mereka bagi mengelak menjadi sasaran pencuri.


Sementara itu, beliau berkata, hasil operasi dalam kempen kesedaran yang dijalankan, kes curi motosikal menunjukan penurunan kepada 67 kes berbanding 72 bagi tempoh sama tahun lalu. – BERNAMA

Kategori