Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Video: Roh Wanita Berpisah...

SEBUAH video kemalangan di Thailand baru-baru ini menjadi viral di Internet selepas rakaman...

Pelajar Terkejut Guru Matematik...

PELAJAR-pelajar di sebuah sekolah menengah di timur Sussex, England terkejut apabila mendapat tahu...

Najib Ucap Selamat Maju...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada...

Kadar Penembusan Jalur Lebar...

KUALA LUMPUR – Kadar penembusan jalur lebar berkelajuan tinggi atau High Speed Broadband...

Pecut: Azizulhasni Kutip Emas Ke-111 Malaysia

TAHNIAH… Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang menepati ramalan selepas berjaya unggul acara pecut individu lelaki sekali gus raih pingat emas dalam aksi di Velodrome Nasional, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu menjadi emas yang ke-111 berjaya dikutip oleh kontinjen Malaysia bagi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, menepati sasaran ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azizul , atau lebih dikenali dengan nama “The Pocket Rocketman” menewaskan rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom, dalam kedua-dua pusingan untuk mengakhiri perlumbaan di tempat pertama.

Pingat gangsa menjadi milik Jaturong Niwanti dari Thailand selepas menumbangkan cabaran wakil Indonesia, Puguh Admadi, dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.


Dalam aksi sebelum itu, atlet berbasikal negara, Fatehah Mustapa, mengesahkan status sebagai ratu acara pecut individu wanita setelah terlebih dahulu menumbangkan cabaran rakan sepasukan, Farina Shawati Adnan.

Fatehah malah memenangi dua daripada tiga perlumbaan antaranya dengan Farina, sekali gus menghadiahkan emas ke-110 buat negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori