Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Resolusi Malaysia Tangkis Ekstremisme...

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali lagi mencatat sejarah di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Prestasi Ekonomi Dan Pasaran...

ASSALAMUALAIKUM wbt dan salam sejahtera rakan2 BN sekalian.Semasa sesi taklimat media kelmarin, saya dan...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan...

Korea Utara Lancar Peluru...

PYONGYANG -  Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik di seluruh Jepun, langkah...

Peket Rokok 10 Batang Tangani Penyeludupan

KUALA LUMPUR – Cadangan pengenalan semula peket rokok 10 batang adalah langkah yang terbaik untuk mengurangkan kuantiti rokok dihisap selain menangani isu rokok seludup di negara ini.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang-barang Runcit Malaysia, Hong Chee Meng berkata, dengan adanya peket kurang dari 20 batang seperti yang terdapat ketika ini, ia membantu perokok mengurangkan kuantiti rokok yang dihisap dengan mengambil kira purata satu pek sehari.

Katanya, menerusi pengenalan peket 10 batang itu, secara tidak langsung ia akan menyebabkan mereka tidak lagi perlu mendapatkan rokok murah yang turut memberi kesan kepada aktiviti ekonomi di Malaysia.

“Aktiviti rokok seludup memudaratkan negara dari pelbagai aspek dan bukan saja mengenai perniagaan. Ia menjejaskan sosio ekonomi dari pelbagai lapisan masyarakat dan kami perlukan satu penyelesaian sekarang.

“Kita memahami sentimen bahawa ada yang menyokong dan tidak cadangan kepada kerajaan ini. Tetapi pertimbangan yang sewajarnya patut diberikan dalam hak ini,” katanya.

Chee Meng berkata, sebagai pihak yang berdepan isu rokok seludup ini, beliau berpendapat masalah rokok seludup berada pada tahap yang begitu serius dan langkah penguatkuasaan saja tidak cukup untuk mengatasinya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA) Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, semua kempen dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menangani masalah rokok seludup juga harus disusuli dengan membenarkan peket rokok bersaiz kecil untuk golongan perokok.

Katanya, peket 20 batang rokok sah buat masa ini adalah sangat mahal dan memaksa golongan perokok untuk memilih rokok seludup.

“Walaupun terdapat laporan bahawa rokok seludup lebih berbahaya daripada rokok sah kerana ia tidak terkawal, perokok tetap akan mencari rokok itu. Disebabkan permintaan tinggi untuk rokok seludup, peruncit terpaksa untuk membekal rokok itu untuk memenuhi permintaan,” katanya.


Menurutnya, mana-mana badan yang menentang cadangan peket rokok bersaiz kecil untuk golongan perokok perlu tampil dengan rancangan yang lebih bernas untuk membanteras rokok seludup dan bukan hanya memberikan alasan mudah mendidik golongan perokok untuk berhenti merokok atau lepas tangan masalah ini kepada pasukan penguatkuasaan.

“Peket rokok bersaiz kecil yang sah tidak akan memikat golongan remaja. Ini kerana, secara logik, rokok seludup dijual jauh lebih murah daripada rokok sah.

“Sekurang-kurangnya dengan membenarkan peket rokok bersaiz kecil, ada kemungkinan perokok sedia ada dapat mengurangkan tabiat merokok kerana mempunyai bilangan batang rokok yang berkurangan setiap hari.

“Saya percaya dengan membenarkan rokok kecil bersaiz kecil, bilangan peruncit yang menjual rokok seludup akan sangat berkurangan atau dapat dihapuskan sepenuhnya.

“Rokok sah pada hari ini terlalu mahal, jadi perokok meneruskan tabiat mereka dengan meminta rokok seludup,” katanya.

Dengan peket rokok bersaiz kecil yang sah, peruncit pasti dapat menghindarkan diri daripada menjual rokok seludup dan ini akhirnya akan menyebabkan penyeludup menghentikan operasi mereka. – myMetro Online

Kategori