Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rahim Thamby Chik Ancam...

PETALING JAYA - Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan...

5,718 Sembuh, 8 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas...

PKR Alor Setar Buat...

ALOR SETAR - PKR Cabang Alor Setar hari ini membuat laporan polis terhadap...

3 Beranak Ditahan Bersama...

BESUT - Seorang lelaki dan dua anaknya ditahan bersama sejumlah dadah dalam serbuan...

Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling

IPOH – Unit Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman akan memberi kaunseling kepada beberapa pelajar sebuah sekolah, di sini, yang dipercayai menjadi mangsa cabul dan liwat seorang jurulatih fisioterapi bola sepak sejak Mei tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata kes berkenaan sudah ditutup selepas suspek ditemui mati dalam keadaan tergantung dipercayai membunuh diri dalam sebuah bilik hotel di bandar raya ini, Selasa lalu.

“Terdapat beberapa pelajar lain yang tampil selepas tiga pelajar membuat laporan, namun saya tidak boleh dedahkan bilangan pelajar berkenaan berikutan kes sudah ditutup.

“Polis memberi bantuan demi masa depan mereka, termasuk untuk mengembalikan keyakinan diri, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua JSJ (Risikan dan Operasi) di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada jam 5.40 petang Selasa lalu, lelaki berusia 52 tahun, yang juga suspek kes berkenaan ditemui mati tergantung di dalam bilik hotel, di sini.

Sehari sebelum itu, tiga pelajar sekolah terbabit yang berusia antara 14 tahun dan 15 tahun membuat laporan polis, mendakwa mereka diliwat dan dicabul suspek sejak Mei tahun lalu hingga Mac tahun ini. -BH ONLINE

Kategori