Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

31,598 Entiti Tidak Lapor...

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan sebanyak 31,598 entiti terdiri...

MB Perak Dahului Penerima...

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului 18...

Kempen Kurangkan Kadar Kemalangan...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengakui kempen keselamatan jalan...

Polis Siasat Presiden Afrika...

JOHANNESBURG – Polis Afrika Selatan hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan...

Pelajar Kita Raih Dua Anugerah Di AS

BAYAN LEPAS – Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (SMKSB), R Prevena menang anugerah Pembentang Terbaik dan ‘Best Position Paper’ pada persidangan International Model United Nation 2017.

Prevena berkata, dia tidak menyangka akan memenangi anugerah terbabit kerana terdapat 96 peserta yang lebih baik dan berpengalaman.

“Saya menyertai persidangan terbabit untuk mendapat pendedahan dan pengalaman tetapi tidak menyangka boleh memenangi anugerah terbabit,” katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, ketibaan Prevena disambut sorakan dan bunga oleh guru dan rakan sekelasnya yang menanti di balai ketibaan jam 11.30 pagi.

Prevena menjadi pelajar Malaysia pertama yang memenangi dua anugerah terbabit.

Difahamkan kejayaan pihak SMKSB akan mengadakan sidang media mengenai kejayaan Prevena pada jam 10 pagi esok.


Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid melalui laman rasmi Facebooknya turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Prevena.

“Tahniah adik Prevena Ramakrishnan dari SMK Sultan Badlishah. Difahamkan ini kali pertama, pelajar Malaysia ke Persidangan International Model United Nation 2017.

“Adik Prevena membuat pembentangan kepada 96 delegasi seluruh dunia. Malah beliau juga memenangi anugerah ‘Best Speaker’ dan ‘Best Position Paper’.

“Kami bangga dengan kejayaan anda! Kementerian Pendidikan Malaysia PADU-Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan,” katanya. -BH ONLINE

Kategori