Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus...

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar...

Anggota Tentera Seakan Sudah...

SALAH seorang anggota tentera yang maut dalam kejadian trak terbalik di Jalan Ranau-Telupid,...

Senjata Api, Peluru Dirampas...

ALOR SETAR - Polis Kedah merampas lima pucuk senjata api dan ratusan butir...

Perubahan Tarikh Maal Hijrah...

KUALA LUMPUR - Perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun ini iaitu dari...

Pelaksanaan Indeks Syariah Bukan Bersifat Kosmetik

IPOH – Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan sejak dua tahun lalu bukan bersifat kosmetik semata-mata, sebaliknya ia diwujudkan bagi mengembangkan syiar dan syariat Islam dalam pelbagai polisi, sektor dan program.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pelaksanaan itu tidak hanya terletak kepada tanggungjawab kerajaan yang memerintah sahaja, sebaliknya ia merupakan tugas dan tanggungjawab seluruh umat Islam di negara ini.

“Ia (pelaksanaan indeks syariah) merupakan tanggjungjawab kepada Allah dalam melaksanakan tugas dan tuntutan harian sebagai seorang manusia yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia berdasarkan lima prinsip asas Maqasid Syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

“Oleh itu, kerajaan melaksana satu pendekatan dengan membuat penilaian sejauh mana pencapaian yang dicapai dan ia merupakan pendekatan yang ikhlas daripada pihak kerajaan, seterusnya sentiasa berusaha ke arah meningkatkan prestasi bagi memenuhi konsep Maqasid Syariah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Peringkat Negeri Perak itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Mohamad Nordin Ibrahim di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Zambry berkata Perak merupakan negeri pertama yang menganjurkan siri penerangan Indeks Syariah dan beliau juga telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) supaya mengadakan siri jelajah penerangan di peringkat zon dan daerah supaya pelaksanaannya dapat difahami hingga ke peringkat akar umbi.


“Siri penerangan ini bertujuan menyampaikan maklumat mengenai apa itu sebenarnya Indeks Syariah kerana mungkin ada yang tertanya-tanya atau masih kabur mengenai pelaksanaan itu yang merupakan pertama kali dilaksanakan di negara Islam.

Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015 adalah kaedah pengukuran saintifik dan menyeluruh bagi mengukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan lima prinsip asas Maqasid Syariah.

Pada 3 Ogos lepas, Najib mengumumkan peningkatan ketara prestasi pentadbiran negara berdasarkan skor keseluruhan Indeks Syariah bagi tahun ini yang dinilai daripada perspektif Maqasid Syariah adalah 76.06 peratus, meningkat 0.64 peratus berbanding 75.42 peratus pada 2015.

Perdana Menteri ketika mengumumkannya berkata skor fasa kedua itu mencatatkan peningkatan yang amat ketara dalam empat bidang iaitu kesihatan, prasarana dan persekitaran, ekonomi serta sosial manakala pencapaian atau skor empat bidang lain iaitu pendidikan, politik, perundangan dan budaya pula masih berada pada tahap memberangsangkan. – BERNAMA

Kategori