Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Proses Mengundi MIC Berjalan...

SERDANG - Sesi pengundian pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-67 bagi memilih jawatan...

Enam Aduan Kes Buli...

PUTRAJAYA: Sebanyak enam aduan kes buli membabitkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) diterima...

Misbun Terkejut Kemampuan Zii...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek tidak menjangka...

GST: Tempoh Penghantaran Penyata...

KUALA LUMPUR - Tempoh penghantaran penyata taksiran bagi syarikat wajib berdaftar Cukai Barang...

Pelampau Kulit Putih Buat Kecoh Di Virginia

CHARLOTTESVILLE (Virginia) – Perintah darurat diisytiharkan di bandar raya ini berikutan kebanjiran penunjuk perasaan kulit putih selain perhimpunan membantah himpunan itu.

Ribuan penduduk dijangka membanjiri bandar raya ini sama ada untuk menyertai perhimpunan menyokong atau membantah ‘Unite the Right Rally’, beberapa jam selepas ratusan penunjuk perasaan yang membawa obor berhimpun di kampus universiti.

Kelmarin, gabenor negeri itu, Terry McAuliffe, dalam kenyataan menggesa penduduk tidak menghadiri perhimpunan tetapi awal semalam ratusan penunjuk perasaan kedua-dua pihak mula hadir.

Polis mula mengosongkan Taman Emancipation bandar raya itu dan membuat tangkapan selepas menyuraikan mereka yang berkumpul di situ untuk menyertai ‘perhimpunan haram’.

Dua kecederaan serius tetapi tidak membahayakan nyawa dilaporkan, kata polis di Twitter.


Berikutan ketegangan itu, pemimpin bandar raya berkenaan mengumumkan darurat, berikutan ancaman gangguan sivil, kekecohan, kecederaan kepada orang ramai dan kemusnahan harta awam dan peribadi yang teruk serta tahap mencukupi untuk membolehkan tindakan selaras kerajaan tempatan. – AFP/BH ONLINE

Kategori