Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasar Tani Khas Di...

KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan Program Jualan Jimat Belanja...

Tutup Klinik 1 Malaysia?...

HABIS... Fobia dengan segala legasi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,...

Orang Islam Tak Boleh...

Kutukan keras oleh ilmuan agama terhadap program 'I Want To Touch A Dog'...

PH Tidak Mahu Minta...

ANGKUH... Ketika beberapa menteri terpaksa mohon maaf secara terbuka setelah dikutuk rakyat atas...

Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna

SEORANG pelayan wanita di sebuah kelab eksklusif di London dibuang kerja kerana cuba untuk membawa pulang makanan tengah harinya gara-gara tidak sempat untuk menjamah hidangan itu ketika waktu kerja.

Majikannya di Oxford & Cambridge Club di Pall Mall menyelongkar tas tangan Silvia Mecato (gambar) ketika wanita itu ingin pulang dan terjumpa balutan lasagne yang dibungkus dalam kerajang timah.

Biarpun kelab mewah itu sememangnya menyediakan makanan percuma untuk pekerja, wanita berusia 43 tahun berkenaan tetap dituduh mencuri dan akhirnya dipecat.

Kelab yang turut menjadi pilihan selebriti seperti Stephen Fry, mantan Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto dan mantan Perdana Menteri United Kingdom, Clement Attlee itu tetap bertegas bahawa Silvia tidak mendapatkan keizinan daripada chef atau pengurus untuk membawa pulang makanan tersebut.

Silvia yang telah ditawarkan zero hours contract selama tiga tahun di kelab itu merayu untuk menentang keputusan tersebut.

Zero contract hours adalah sejenis kontrak antara majikan dan pekerja yang membolehkan majikan tidak perlu menetapkan sebarang waktu kerja minimum, sementara pekerja pula tidak terikat untuk melaksanakan sebarang kerja yang diminta.


Kata Silvia, pekerja diberi makanan pada waktu tertentu, tetapi dia tidak mempunyai masa untuk makan tengahari pada 27 Jun kerana terpaksa bekerja dua shif.

Wanita yang berasal dari Itali dan sudah menetap di England selama empat tahun itu menambah: “Pada waktu makan tengah hari, saya telah mengambil sepotong lasagne tetapi saya tidak mempunyai masa untuk memakannya. Jadi, saya tinggalkan di atas pinggan.

“Sebaik waktu kerja bagi shif kedua hampir tamat, saya balut dalam kerajang timah dan masukkan ke dalam peti sejuk kerana tidak mahu buang begitu saja,” jelasnya. – Daily Mail/mStar Online

Kategori