Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kenapa Umum Peruntukan RM3...

KUALA LUMPUR - UMNO mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan agihan peruntukan...

Sasaran 8 Emas Pada...

PUTRAJAYA - Sasaran lapan pingat emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan...

Pensyarah UKM Dinobat Felo...

SAN DIEGO - Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Hanafiah...

Gari, Baju Lokap Ikut...

GOMBAK - Pemakaian gari dan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak...

Pelumba Negara Kutip Emas Ujian Masa Berpasukan

NILAI – Skuad kuartet berbasikal berpasukan lelaki mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara ujian masa 51 kilometer di Dataran Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Ia seumpama emas bonus untuk skuad berbasikal lebuhraya pada Sukan SEA 2017 kali ini setelah mereka mampu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 01:37.893.

Diketuai pelumba berpengalaman, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi , pasukan negara — turut dibarisi Nik Mohd. Azwan Zulkiflie , Muhammad Ameer dan Muhammad Ameen Ahmad Kamal .

Pingat perak menjadi milik pasukan negara jiran, Thailand dengan catatan masa 1 jam 01:56.104 sementara Vietnam pula sekadar angsa dengan catatan masa 1 jam 02:00.891.

Acara ujian masa berpasukan di Singapura dua tahun lalu tidak dipertandingkan sementara skuad berbasikal negara mengutip pingat gangsa ketika di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori