Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Difitnah Sebagai Penulis Blog,...

PANAS... SEORANG lelaki hari ini tampil membuat laporan polis apabila mendakwa namanya telah...

Juruhias Majlis Edar Dadah...

KUALA LUMPUR - Taktik seorang juruhias majlis menjadikan kondominium mewah sebagai 'stor' untuk...

Gencatan Senjata Di Sudan...

KHARTOUM - Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari -...

SPA Diarah Bekukan Pengambilan...

Pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam  meminta  pengawalan jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam...

Pelumba Raih Emas, Perak Acara Kejar-Mengejar Individu

NILAI – Malaysia meraih emas dan perak dalam acara Kejar-Mengejar Individu Lelaki yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini, malam ini.

Eiman Firdaus Mohd Zamri mencatatkan masa 4 minit 33.863 saat untuk meraih pingat emas menewaskan rakan senegara Mohamad Nur Aiman Mohd Zarrif.

Mohamad Nur Aiman meraih perak dengan catatan masa 4:41.222s.

Pingat gangsa dimiliki pelumba Sarawut Sirironnachai dari Thailand yang merekodkan catatan masa 4:55.249s.

Terdahulu, pada pusingan saringan, Eiman Firdaus menduduki tempat pertama dengan masa 4:25.352s.

Mohamad Nur Aiman menduduki tempat kedua dengan masa 4:27.957s.


Kemenangan ini merupakan emas keempat yang dituai pada hari kedua acara berbasikal trek di sini.

Seramai lapan pelumba menyertai acara berkenaan daripada negara peserta iaitu Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan tuan rumah Malaysia.

Kalungan pingat kepada semua pemenang disempurnakan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. – BERNAMA

Kategori