Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

KDNK Malaysia Antara Terbaik...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan...

1MDB Tidak Pernah Beri...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan syarikat itu tidak pernah memberi...

Taman Tema MAPS Ditutup...

IPOH - Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang dibangunkan dengan kos...

Kagum Pembangunan Kanak-Kanak Di...

KUCHING - Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri Datuk...

Pemandu Maut Lori Tangki Asid Kimia Terbalik

SEREMBAN – Seorang pemandu lori tangki muatan asid kimia maut apabila kenderaan dipandunya terbalik dalam kemalangan di Kilometer 251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Dalam insiden berhampiran tol Senawang, kira-kira jam 3 pagi Sabtu, Ā mangsa yang dikenali sebagai Surazru Mohamed Sakeri, 37, dari Manek Urai, Kelantan maut di tempat kejadian ketika cuba mengelak sebuah kereta.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, nahas turut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios itu mengakibatkan dua wanita berada di dalamnya cedera parah.

“Seramai 20 anggota dari Balai Bomba Senawang, Seremban 2 dan Rembau termasuk pasukan Hazmat bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.23 pagi dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.

“Sebaik tiba, pasukan Hazmat segera menyembur buih ke atas lori tangki yang terbalik itu sebagai langkah berjaga-jaga ekoran banyak cecair asid Ethyl Acetate dilihat tertumpah di jalan raya,” katanya ketika dihubungi media.

Selain cedera teruk, mangsa dipercayai kemungkinan besar meninggal dunia akibat terhidu gas beracun daripada asid yang tumpah. Kemalangan tersebut turut menyebabkan trafik ke arah selatan sesak sehingga 10 kilometer.


Menurut Ahmad Mukhlis, kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan di lokasi kejadian oleh pasukan Hazmat. Mayat pemandu lori itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk proses bedah siasat.

Susulan kejadian, laluan ke arah Melaka bermula dari Seremban sehingga ke Plaza Tol Senawang terpaksa ditutup sementara, manakala pengguna dari Melaka pula dilencongkan ke Plaza Tol Pedas-Linggi untuk laluan alternatif.

Dua wanita yang parah dalam insiden itu turut dihantar ke HTJ bagi rawatan lanjut. Mangsa yang memandu kereta terbabit dikenal pasti sebagai remaja India berusia 19 tahun dan belajar sebuah universiti swasta di Melaka.

Turut berada di dalam kereta tersebut ialah rakannya dan juga dipercayai belajar di tempat yang sama.Ā Kes tersebut disiasat pihak polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori