Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah Rakyat Malaysia Maut...

KULIM - Jenazah rakyat Malaysia yang ditemui mati dalam bilik hotel di Ho...

Imam Maut Kereta Bertembung...

SIK - Seorang imam di Kampung Telaga Batu, maut selepas kereta Perodua Kancil...

Covid-19, Perubahan Iklim Ubah...

PUTRAJAYA - Pembangunan mampan dan teknologi hijau berperanan penting dalam menerajui ekonomi negara...

Kerajaan Belanja RM800,000 Sediakan...

KUALA KRAI - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membelanjakan RM800,000 untuk...

Litar Sukan Bermotor Mula Dibina Bulan Depan

SUNGAI PETANI – Pembinaan Kompleks Litar Sukan Bermotor negeri Kedah yang terletak di Bandar Amanjaya dekat sini, akan bermula pertengahan September ini dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pembinaan litar lumba itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri di bawah UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan manifesto yang dibuat sebelum pilihan raya umum (PRU) yang lalu sekaligus menafikan khabar angin bahawa projek itu hanya sekadar cakap kosong’.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula selepas selesai urusan pengambilalihan tanah untuk pembinaan laluan masuk ke kompleks sepanjang 1.5 kilometer,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak Kompleks Litar Sukan Bermotor di Bandar Amanjaya, dekat sini, hari ini.

Projek itu merupakan salah satu manifesto yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU13 yang lalu, sebelum peruntukan sebanyak RM30 juta diumumkan beliau sendiri pada Februari tahun ini dalam program santai bersama remaja (Gen Y) di Alor Setar.

Ahmad Bashah berkata, keseluruhan kawasan terbabit ialah seluas 60.7 hektar namun hanya sebahagian sahaja akan dimajukan buat masa ini untuk pembinaan trek sepanjang 1.8 kilometer dan 21.4 hektar untuk pembinaan sembilan selekoh.

Litar yang akan kita bina ini ialah gred D namun kita turut mengambil kira aspek lain termasuk persediaan jika perlu menaiktaraf kepada C atau B kelak.


Litar lumba ini turut direka agar perlumbaan kereta juga dapat diadakan di sini, malah mungkin sesekali boleh menganjurkan pertandingan bertaraf lebih tinggi,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, litar itu dijangka berupaya menempatkan 3,000 penonton pada satu-satu masa dan turut dilengkapi medan penonton berbumbung, kemudahan awam yang mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti tandas, surau, tempat letak kenderaan dan kafe.

Pembinaannya di bawah pengurusan Menteri Besar Incorporated (MBI), diharap akan dimanfaatkan sebaiknya oleh golongan muda agar tidak lagi menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba sehingga boleh mengancam nyawa pengguna lain,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Bashah meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH)  kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Taman Semarak dekat sini, pada 4 Ogos lalu. – BERNAMA

Kategori