Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bendera Yang Di-Pertuan Agong...

KUANTAN - Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Rasuah: Anggota Polis Dipenjara...

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat koperal dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan...

Remaja Lari Dari Tahanan...

KUANTAN - Polis memperhebatkan gerakan memburu seorang remaja lelaki berumur 19 tahun yang...

Terengganu Haramkan Vape Bermula...

TERENGGANU menjadi negeri ketiga selepas Johor dan Kelantan mengharamkan penggunaan vape. Kerajaan negeri itu...

Peminat Bola Sepak Banjiri Stadium Beli Tiket

DEBARAN demi dabaran untuk raih gelaran juara dalam perlawanan bola sepak acara Sukan SEA 2017 tahun ini. Seperti yang kita tahu juga, bola sepak ni umpama ‘ibu segala pingat’.

Jadi, skuad negara kita sememangnya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk merampas pingat emas yang dimenangi oleh pasukan Thailand pada Sukan SEA 2015 yang berlangsung di Singapura, dua tahun lepas.

Kini, peminat bola sepak sedang berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Stadium Shah Alam yang akan berlangsung pada esok hari.

Negara yang terlibat dalam saingan separuh akhir ialah Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Thailand. Perlawanan antara Thailand dan Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang esok, pada jam 4 petang.

Manakala, pasukan kontroversi Malaysia dan Indonesia akan diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Ogos pada pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Hari ini pula, Stadium Shah Alam sudah dibanjiri oleh ribuan orang ramai yang datang untuk membeli tiket perlawanan yang mana dibuka selepas selesai solat Jumaat tadi, pukul 2:30 petang.


Tapi, ada juga yang sanggup untuk datang dari pagi untuk mendapatkan tiket di kaunter stadium.

Dalam kesemua perlawanan menentang ketiga-tiga lagi negara yang layak ke separuh akhir ini, Malaysia telah berjaya mengalahkan kesemua pasukan ini.

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia ini memang ditunggu-tunggu oleh para peminat sukan bola sepak.

Semoga skuad Harimau kita dapat menewaskan pasukan Garuda dari seberang. Jika sebelum ini pasukan Malaysia dapat mengalahkan pasukan Indonesia, kali ini kita perlu menang lagi! – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori