Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Pemungut Sampah Curi Untuk...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pemungut sampah dihukum...

Dasar BN Berjaya Tingkat...

SEREMBAN – Janji-janji yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum ke-13...

Cuti Umrah Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR – Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk...

Pemuda Kongsi Tips Kurus, Turun 25 Kilo Selama 57 Hari

GEMUK sikit orang kutuk, kalau kurus pun orang caci, makan banyak orang persoal, makan sikit pun nak persoal. Manusia ni tak pernah lari dari sikap ‘jaga tepi kain orang, kain sendiri terlondeh’.

Masyarakat zaman sekarang ni kadang-kadang mereka macam terlampau prihatin dengan hidup orang lain. Ada saja yang dia rasa tak puas hati atau yang ‘mengganggu’ pandangan matanya.

Tak kurang juga ada sibuk merendahkan diri seseorang berbadan besar! Individu berbadan besar ni pun mereka sendiri tak mahu berbadan besar, mana taknya… Asyik kena kutuk je bila badan besar sikit daripada orang lain.

Jadi sebabkan penat dengar mulut Joyah orang lain, Reza Kefli, seorang penuntut dari Universiti Utara Malaysia (UUM), mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan sebanyak 25kg selama 57 hari!

Pemuda itu telah membongkarkan rahsianya menerusi laman Facebook miliknya, semalam.

“Alhamdulillah selama 57 hari aku buat #bodychallege sejak raya hari tu, its totally lost 25Kg. sebelum ni pernah diet & turun sikit but awal tahun lepas naik mendadak.

“Terima kasih kawan2 yang banyak menegur “kau dah gemuk balik doh”. semua tu pemangkin semangat untuk aku,” katanya di dalam posting tersebut.

Ketika berada di semester 1, Reza memiliki berat badan 140++ kilogram. Dia berkongsi cerita ketika dia dimarahi oleh ibunya kerana telah mematahkan katil di sebuah motel dekat Changlun sebelum mendaftarkan diri di UUM.

Katanya lagi, niat sebenar dia menurunkan berat badan bukanlah untuk kelihatan kacak tetapi ia bertujuan untuk dia lebih berasa yakin apabila berhadapan dengan orang lain.

Selain itu, ia juga akan memudahkan urusan hariannya terutama berkenaan urusan beribadat.

Reza juga telah menyenaraikan cara pemakanan serta jenis senaman yang diamalkan selama dia berusaha untuk memiliki berat badan yang sekarang, iaitu 80++ kilogram.

Memang tidak mudah untuk menurunkan berat badan ni, tapi kita mestilah yakin dan berusaha demi memiliki tubuh badan yang sihat.


Dari segi senaman pula, Reza mengaku yang senaman merupakan satu perkara yang paling payah untuk dilakukan olehnya! Yelah, bukan semua orang suka bersenam kan.

Dia hanya mengamalkan lima jenis senaman yang sering dilakukannya.

“Sebagai kawan, fahami insan yang berbadan besar. bila dia tengah on diet, jangan laa perli2, kutuk2 dia… bagi semangat. kau ingat budak yang beratnye above 100kg tu senang nk kurus?

“Semua tu kena ada semangat & support. dia nak juga macam korang. senang cari baju seluar dalam bagai,” tambahnya lagi yang merupakan salah seorang Barisan Kepimpinan Pelajar Inapan Siswa Bank Rakyat.

Reza sempat juga berseloroh yang bila dah kurus ni, dah tak perlu nak menyorok belakang kawan kalau nak bergambar, pakai baju hitam atau bergambar silang kaki untuk nampak effect kurus tu.

Tak perlu nak tipu diri sendiri dengan buat macam tu. Kalau kita tak sayang diri sendiri, siapa lagi nak sayang?

“Yang badan besar tu, u all boleh turunkan berat badan, percaya lahhh.. Cuma kena ada semangat & kawal nafsu makan… jangan malas. Aku bebel ni actually aku tak kurus lagi. hahahahaha. still mok,” tulisnya di akhir posting itu.

Jadi untuk anda yang memiliki tubuh badan yang besar, jangan putus asa kalau anda dikutuk atau dihina. Jadikan Reza Kefli ini sebagai pembakar semangat anda untuk memiliki berat badan yang ideal. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori