Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guru AS Tuntut Kenaikan...

AKIBAT rasa tidak puas hati berhubung pembiayaan pendidikan disekat sejak beberapa tahun lalu,...

15 Kawasan Di Kuala...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air...

Nyahwarta Hutan Simpan, Mustahil...

KUALA LUMPUR - UMNO mempersoal tindakan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor berhubung isu...

Penghantar Telur Ayam Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar telur ayam warga Pakistan ditemukan mati dengan kesan...

Penampakan Makhluk Halus Muncul Di Stesen MRT?

BARU-BARU ini kita digemparkan dengan kisah Annabelle yang telah ‘muncul’ di salah sebuah stesen Transit Aliran (MRT) sebagai penjaga stesen berkenaan.

Kemunculan patung berkenaan kononnya sebagai ‘pemerhati’ kepada pengguna MRT agar tidak membuat hal.  Ini berikutan baru-baru ini stesen berkenaan menjadi mangsa vandalisme dan tindakan tidak bertanggungjawab pengguna.

BACA : Jaga-Jaga…Annabele Sudah ‘Tawan’ MRT!

Terbaru, muncul pula makhluk ‘penjaga’ di stesen berkenaan. Beberapa gambar kelibat lembaga putih berbungkus telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Gambar penampakan kelibat pocong tu telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Imej itu disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas pada malam kejadian.

Kini ‘penampakan’ tersebut menjadi bualan netizen di laman Facebook, Twitter, dan tidak kurang juga di aplikasi Whatsapp.

Berikutan itu, ramai yang berasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan awam itu pada waktu malam kerana bimbang terjumpa ‘penjaga’ berkenaan.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut masih belum pasti kesahihannya selain masa dan lokasi juga masih belum dapat dibuktikan.


Terdapat netizen yang beranggapan, imej tersebut telah diedit oleh orang tidak bertanggungjawab bagi tujuan menakutkan orang ramai.

Selepas membuat perhatian secara telus, keadaan lantai dalam gambar yang tular adalah berbeza dengan lantai di stesen MRT.

Tetapi, ia kelihatan serupa dengan sebuah stesen LRT di Cheras!

Haaa..jaga-jaga! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori