Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dua Jet Sukhoi Indonesia...

Dua jet pejuang jenis Sukhoi milik Tentera Udara Indonesia bertindak memintas sebuah pesawat...

Tak Hirau Cedera, Pelajar...

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun dari China yang terjatuh buaian menimbulkan rasa bersalah...

Reban Terbakar, 74,000 Ekor...

JOHOR BAHRU - Seorang penternak ayam mendakwa kerugian kira-kira RM1.5 juta apabila reban...

Kastam LTAKL Tumpas Tiga...

PUTRAJAYA : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

Penangan Mengandung Buat Isteri Fizo Omar…

SIAPA yang tidak mengimpikan sebuah keluarga lengkap dikelilingi insan-insan tersayang. Begitu juga dengan pasangan suami isteri, sudah tentu mahu dikelilingi dengan anak-anak yang comel.

Tidak terkecuali isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim apabila telah memasuki trisemester keduanya apabila kandungannya sudah memasuki usia lebih empat bulan.

Baca: Fizo Omar Sahkan Isteri Hamil 2 Bulan

Menurut Fizo, dek kerana pembawakan budak, isterinya mula berubah cita rasa makanan selain turut mengalami perubahan fizikal.

“Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.

“Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan,” kata Fizo.

Dengar-dengarnya Mawar juga sekarang lebih menggemari lagu-lagu Arab.

“Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu Arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.


“Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti,” katanya memetik laporan mStar Online.

Pemegang tempat kedua Hero Remaja 2008 ini turut mengakui isterinya masih tidak mempunyai alahan pagi dan muntah-muntah. Pengusaha restoran Fizo Mawar Kitchen ini juga belum mengetahui jantina bayi mereka.

Baby malu-malu lagi kot. InsyaAllah kami akan buat pemeriksaan lagi sekali apabila kandungan memasuki usia lima bulan. Harap dah boleh nampak,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, pemegang title ‘Young Entrepreneur Of The Year 2014’ ini sedang giat memberi talk mengenai bisnes kepada usahawan-usahawan baru di luar sana. Diharapkan bisnes mereka ini berjalan dengan lancar ya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori