Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

16,716 Ahli Lembaga Koperasi...

TAIPING - Seramai 16,716 ahli lembaga pengarah koperasi sekolah membabitkan pelajar dan pengetua...

Sekurang-kurangnya 5 Maut, 65...

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam satu letupan yang...

Najib Sedih 2 Murid...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi kesedihan terhadap nasib dua...

Jerebu: 3 Sekolah Di...

SHAH ALAM - Sebanyak tiga sekolah di Johan Setia, Klang dekat sini diarah...

Penasihat Sains PM Wira Kepelbagaian Bio ASEAN

KUALA LUMPUR – Penasihat Sains Perdana Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid hari ini menerima anugerah gelaran Wira Kepelbagaian Bio ASEAN, sempena sambutan Jubli Emas pertubuhan ASEAN.

Zakri yang merupakan Pengerusi Bersama MIGHT (Kumpulan Industri Kerajaan untuk Teknologi Tinggi) merupakan antara 10 penerima anugerah itu di Manila, Filipina.

Beliau telah memberikan pelbagai sumbangan dalam pembangunan kepelbagaian bio dan ekosistem di negara ini termasuk pemulihan dan kelestarian alam sekitar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk segala kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada saya.

“Mengungkap kembali kata-kata salah seorang pengasas ASEAN, Tun Abdul Razak, “Potensi kolektif, kekuatan bersama dan gabungan kemampuan untuk membina rantau dalam imej kita adalah tidak terbatas,” kata beliau selepas menerima penganugerahan itu.


Zakri juga telah membentuk rangka kerja mekanisme ‘Akses dan Faedah – Perkongsian Sumber-Sumber Genetik’ di Malaysia ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan pada 1998.

Dikenali sebagai pakar kepelbagaian bio, sejak tahun 2000, beliau bersama Sir Robert Watson telah menjadi Pengerusi Bersama Lembaga Penilaian Ekosistem Millenium Bangsa-Bangsa Bersatu (MA).

Anugerah Wira Kepelbagaian bio ASEAN merupakan program yang ditadbir oleh Pusat Kepelbagaian bio ASEAN di Filipina yang dibentuk untuk mengiktiraf individu-individu dari negara-negara ASEAN yang telah memberikan sumbangan dalam pemeliharaan kepelbagaian bio. – BERNAMA

Kategori