Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Siasatan Ke Atas Ramasamy...

PETALING JAYA - Polis berkata pihaknya belum dapat memuktamadkan siasatan ke atas Timbalan...

Sperma Lemah, Kesuburan Singapura...

SINGAPURA kini berdepan dengan masalah kualiti sperma lelaki yang tidak kuat selain kurang...

Adenan Satem Juarai Isu...

LAWAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN)...

Penganggur Didakwa Bunuh Siti...

ROMPIN - Seorang penganggur warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Penembak Wanita Negara Pertahan Emas 25 Meter

KUALA LUMPUR – Penembak negara, Alia Sazana Azahari mengungguli acara 25 meter pistol akhir pada Sukan SEA ke-29 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan, Subang dekat sini, pada Selasa.

Atlet kelahiran Terengganu itu sekali gus mempertahankan pingat emas yang pernah dimenanginya ketika Sukan SEA ke-28 di Singapura, dua tahun lalu.

Dia menyempurnakan 31 bidikan untuk memenangi acara tersebut, sementara penembak Singapura, Teh Xiu Hon melakukan 28 bidikan untuk pingat perak.

Manakala seorang lagi penembak repubik tersebut, Nicole Tan hanya merangkul gangsa dengan 23 bidikan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori