Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengambilan Tanah Bawah Tanah...

KUALA LUMPUR – Majlis Tanah Negara (MTN) hari ini bersetuju menetapkan kedalaman minimum...

Penggiat Seni Boleh Carum...

KUALA LUMPUR – Berita baik buat penggiat seni tanah air apabila mereka akan...

Artis Buat Bisnes Pakaian...

KEBANJIRAN selebriti tanah air yang menjalankan perniagaan berasaskan pakaian sejak akhir-akhir ini menimbulkan...

Kebolehpasaran TVET Lebih Tinggi...

KUALA TERENGGANU - Kebolehpasaran lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih...

Pengantin Perempuan Didakwa Tembak Suami

TENNESSEE – Seorang pengantin perempuan, Kate Elizabeth Prichard, 25, berdepan tuduhan serangan domestik hari ini apabila melepaskan tembakan ke arah suaminya, beberapa jam selepas berkahwin, demikian menurut mahkamah dan laporan media.

Bagaimanapun, suaminya James Burton tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Prichard, dari Kenton, Tennessee, mengeluarkan pistol 9 milimeter dari gaun pengantinnya dan melepaskan tembakan ke arah suami barunya.

Menurut kertas pendakwaan, insiden berlaku selepas rentetan pertengkaran dengan Burton di motel Clarion Inn berhampiran Murfreesboro.

“Prichard masih memakai gaun pengantin ketika ditahan,” kata Sarjan Kyle Evans dari Jabatan Polis Murfreesboro kepada stesen WTVF-TV.

Pada mulanya Prichard mengacukan pistol ke arah kepala suaminya dan menekan picu, tetapi tiada tembakan dilepaskan. Dia kemudian mencuba sekali lagi dan melepaskan satu tembakan ke udara.


Tidak dapat dipastikan sama ada Prichard sedar atau tidak tiada peluru ketika melepaskan tembakan pertama.

Evan enggan mengulas lanjut dan siasatan masih diteruskan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori