Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KBS, Jakim Perlu Semak...

BARU-baru kecoh seketika dunia sukan apabila pakaian atlet gimrama negara, Farah Ann Abdul...

Singapura Bunuh Puluhan Ayam...

SINGAPURA - Ketika masyarakat Tionghoa merayakan kedatangan Tahun Ayam Jantan Api sempena sambutan...

Gangguan Bekalan Air Tidak...

SHAH ALAM : Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur mengalami gangguan...

Peneroka Felda Di N.Sembilan...

SEREMBAN - Peneroka tanah rancangan Felda di negeri ini dibenarkan untuk membina lebih...

Pengedar & Pelanggan Ditahan Sedang Khayal Dadah

TELUK INTAN – Polis menahan seorang pengedar dadah dan pelanggan wanitanya bersama selaras senapang angin dan empat butir peluru dalam satu serbuan di Langkap, dekat sini pada Rabu lalu (2 Ogos).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata polis menyerbu rumah tersebut pada pukul 5 petang sebelum memberkas suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang sedang khayal menghisap dadah jenis syabu.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lebih 100 gram dadah jenis syabu yang telah dibungkus di dalam sepaket plastik dianggarkan bernilai RM 9,300.

“Kita percaya senapang angin yang ditemui bersama empat butir peluru dan palet peluru itu kemungkinan digunakan suspek untuk tujuan menakut-nakutkan orang sewaktu urusan jual beli dadah.

“Selain itu, kita juga turut ‘melucutkan’ sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki 250 CC milik pengedar tersebut yang dianggarkan bernilai RM25,000 mengikut Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd Marzukhi, pihaknya percaya dadah yang dirampas itu adalah untuk edaran di sekitar Teluk Intan.


Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama seminggu sehingga Rabu ini (9 Ogos) mengikut Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Katanya, penangkapan kedua-dua suspek itu susulan daripada kejayaan pihak polis yang menjalankan operasi di beberapa buah rumah sekitar Hutan Melintang dan Teluk Intan pada 2 Ogos lalu.

“Dalam operasi berkenaan, polis berjaya menahan 11 orang lelaki penagih dadah berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an yang juga sedang khayal dadah jenis syabu dan pil eramin 5.

“Selepas tangkapan itu, pihak polis telah menyoal siasat kesemua penagih sebelum memperoleh maklumat bahawa lelaki berkenaan merupakan pengedar dadah kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori