Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isteri Alif Satar Selamat...

ISTERI Alif Satar, Sha Dila Halid selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang merupakan...

Covid 19: KPM Sedia...

RANTAU PANJANG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19...

Malaysia Dilantik Tuan Rumah...

VALLETTA (Malta) - Malaysia dilantik menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel...

Wanita Maut Kereta Dipandu...

LUMUT - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu bertembung sebuah kenderaan lain...

Pengeluaran Pasport Di UTC Miri Dihenti Sementara

MIRI – Urusan permohonan dan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) tidak dapat dibuat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri selama tiga hari mulai semalam.

Ketua Jabatan Imigresen Miri Noryncosma Jauk berkata, ini berikutan mesin yang mengeluarkan PMA tidak dapat digunakan buat sementara waktu kerana terkena air akibat hujan lebat pada Sabtu lepas dan mesin tersebut dijangka dapat digunakan semula pada Rabu ini.

“Pejabat Jabatan Imigresen Miri di UTC masih dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang tetapi tiada urusan berkaitan dengan PMA dilakukan buat sementara waktu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noryncosma berkata, orang awam yang hendak memohon PMA boleh ke pejabat Jabatan Imigresen Bintulu jika memerlukan dokumen tersebut dengan segera.


“Kami telah meletakkan notis mengenai tiada urusan permohonan dan pengeluaran PMA buat sementara waktu di pejabat imigresen di UTC untuk maklumat orang awam,” katanya. – BERNAMA

Kategori