Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa & Guru...

HULU TERENGGANU - Ibu bapa dan guru perlu berganding bahu dalam memastikan pelajar...

Jambatan Baharu Akan Dibina...

SUNGAI SIPUT : Jambatan baharu dengan saiz lebih lebar dan memenuhi piawaian keselamatan...

Taufik Dedah Suara Sheena...

SINGAPURA - Siapakah menduga suara latar misteri dalam lagu popular #AwakKatMane itulah yang...

Malaysia Undi Setuju Atas...

PUTRAJAYA : Malaysia menyertai 140 negara lain mengundi bersetuju menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

Pengendali Kereta Api Tempatan Diperlukan

KUALA LIPIS – Malaysia memerlukan lebih ramai pengendali kereta api tempatan untuk mengendalikan perkhidmatan kargo bagi meningkatkan hubungan dan aktiviti perdagangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata dengan lebih ramai pengendali kereta api, kos pengendalian barangan yang dibawa oleh kereta api dapat dikurangkan berikutan ia akan menjadi lebih kompetitif.

“Selain itu, kita juga akan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, pencemaran dan kemalangan jalan raya yang melibatkan lori dan treler,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Liow berkata demikian semasa lawatannya menyaksikan majlis penyerahan jentera daripada dua syarikat China, China Jiangsu KTK Locomotive & Rolling Stocks Co Ltd dan Gemac Engineering Machinery Co. Ltd, kepada Fajarbaru Builder Group Bhd.

Liow berkata Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Prasarana Malaysia Bhd menguruskan operasi kereta api di negara ini.

Liow turut menggalakkan KTMB, yang telah menjadi penggiat utama dalam industri kereta api selama lebih satu abad sekarang, bekerjasama dengan rakan swasta dan menembusi pasaran antarabangsa.

“Kita perlu mencari jalan untuk menjadi penggiat di peringkat serantau dan merebut peluang di luar Malaysia,” katanya.


Liow, yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan, berkata hubungan kereta api yang lebih baik akan membantu meningkatkan ekonomi dan semua pihak akan mendapat manfaat daripadanya, berdasarkan kejayaan Sungai Buloh-Kajang Mass Rapid Transit (SBK MRT).

“Siapnya laluan tersebut bukan sahaja membawa pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi juga Greater Kuala Lumpur, untuk terus memacu ekonomi negara,” katanya.

Laluan SBK MRT merupakan laluan transit rel yang kesembilan dan sistem rel tanpa pemandu yang  automatik sepenuhnya yang kedua di Lembah Klang.

Fasa kedua MRT, laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, kini dalam pembinaan dan dijangka beroperasi menjelang 2022. – BERNAMA

Kategori