Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tilam Bayi IKEA Ditarik...

WASHINGTON – Pengeluar perabot terkenal Sweden, IKEA pada Rabu mengumumkan segera menarik balik...

Suami Lemas Ketika Mandi...

KUANTAN - Seorang lelaki dilapor lemas ketika mandi bersama isteri dan kawan-kawannya di...

Azadan Rabbani Akui Ada...

KETUA kumpulan nasyid Rabbani, Azadan mengakui dirinya mempunyai kebolehan untuk merawat pesakit yang...

MH370: ‘Laporan Misteri’ Polis...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai...

Peniaga Ini Bagi Air Jagung Free Kat Wanita Hamil

SIAPA yang tidak mahukan makanan percuma? Pastinya ramai yang berebut untuk tidak terlepas peluang mendapatkan barangan percuma itu. Tetapi, lain pula untuk air jagung ini, hanya percuma untuk wanita-wanita hamil sahaja.

Baru-baru ini tular di laman-laman sosial tentang peniaga yang memberikan air jagung percuma kepada wanita-wanita yang sedang hamil. Pelikkan kalau berniaga tapi diberi free kepada pelanggan. Tapi, jangan salah faham, peniaga ini memberi air jagung free sekadar mengharapkan doa wanita-wanita tersebut agar dia dan isterinya dikurniakan cahaya mata.

Peniaga yang dikenali sebagai Dely itu juga ada memuat naik posting berkenaan di laman Facebooknya. Posting tersebut menunjukkan gambar Dely bersama sekeping kadbod hitam dengan tulisan, Free for mummy pregnant, doakan saya dapat cahaya mata.”

Posting itu berjaya mencuri tumpuan warga internet apabila Fynn Jamal, penyanyi tanah air turut berkongsi posting berkenaan di laman Instagramnya. Mungkin dia faham perasaan yang turut dialami oleh isteri peniaga tersebut.


Selain berkongsi posting berkenaan di laman Instagramnya, Fynn turut menyeru netizen dan pengikut-pengikutnya di laman berkenaan sama-sama mendoakan pasangan ini agar dikurniakan zuriat.

Bukan sahaja kadbod hitam itu mencuri tumpuan orang yang lalu lalang di sekitar Medan Mara, Kuala Lumpur, pakaian yang dipakai ala-ala pahlawan siap bertanjak turut mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen sepakat mendoakan pasangan ini dipermudahkan urusan dan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Sama-sama kita doakan. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori