Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Perkemas Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan...

KL2017: Rozaimi Hadiah Emas...

KUALA LUMPUR: Keputusan pengadil memberikan kemenangan mutlak kepada atlet Malaysia, Rozaimi Rozali sekali...

Bukan Mourinho, Tapi Sebab...

BINTANG legenda Manchester United, Gary Neville menegaskan masalah kelab itu berpunca daripada pengurusan...

Warga Tawau Zahir Sokongan...

TAWAU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa...

Penyakit Anjing Gila Di Sarawak Terkawal

KUALA LUMPUR – Penyakit anjing gila atau rabies yang menular di Sarawak kini berada dalam keadaan terkawal dengan tiada laporan kes baharu yang dicatatkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Katanya ini susulan laporan baharu yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak yang melakukan pemeriksaan ke atas anjing di kawasan sekitar Kuching dan Serian.

Bagaimanapun katanya kerajaan hanya akan mengisytiharkan negara bebas wabak itu selepas tiada jangkitan positif kepada manusia dan haiwan dalam tempoh dua tahun.

“Tiada bukti terdapat anjing yang mempunyai penyakit rabies di Sarawak. Sekiranya keadaan ini kekal dan bukti menunjukkan tiada kes baharu kita boleh anggap kawasan tersebut terkawal.

“Selepas dua tahun baru boleh kata bebas rabies. Oleh itu, status keadaan penyakit berkenaan juga akan terus dipantau melalui program pemantauan yang telah dijalankan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen ‘Suku-Suku Separuh’ di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada 24 Julai lalu berkata mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau berkata berikutan kematian terbaharu itu semua lima kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di mana kesemuanya telah meninggal dunia.


Sementara itu, mengulas mengenai kempen Suku-Suku Separuh, Dr. Subramaniam berkata program pemakanan sihat itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai amalan makan secara sihat bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan pemakanan.

Katanya program itu membawa maksud suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti; suku pinggan lagi diisi sumber protein seperti ikan dan daging manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur.

“Kempen ini akan diadakan secara menyeluruh sepanjang bulan Ogos dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.

“Saya amat berharap masyarakat dapat memahami konsep mudah ini dan seterusnya mengamalkannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori