Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

10 Penumpang Kapal Princess...

TOKYO - Seramai sepuluh penumpang kapal persiaran Princess Diamond yang berlabuh di Pelabuhan...

Warga Emas Maut Di...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terperangkap di dalam...

Singapura Nafi Tidak Benarkan...

JOHOR BAHARU - Singapura menyangkal dakwaan ia tidak membenarkan operasi pembenihan awan dilakukan...

Caj Galakan Pelancongan Di...

LANGKAWI - Mulai 1 Julai ini, kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj ke...

Perancang Perkahwinan Tular Menipu Direman

KLANG – Seorang wanita dipercayai pemilik syarikat perancang perkahwinan yang didakwa telah menipu lebih 100 mangsa dan ditularkan, direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Perintah reman ke atas wanita berusia 35 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret S. Nisha di Mahkamah Majistret Klang di sini, kira-kira 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi Bernama, berkata suspek ditahan pada 4.20 petang semalam di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam.

“Suspek ditahan susulan laporan seorang pengadu mendakwa ditipu selepas mendapati pejabat syarikat itu ditutup pada Selasa lalu dan gagal menghubungi pemiliknya.

“Mangsa dikatakan sudah membayar RM7,000 untuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata polis sedang mengenal pasti mangsa lain dan laporan mengenainya dikumpul oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor.


Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan.

Awal minggu ini, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang wanita diserbu oleh kira-kira 100 individu yang mendakwa diperdaya oleh syarikat suspek menerusi pakej perkahwinan yang ditawarkan, melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Difahamkan mangsa yang terdiri daripada pengantin dan bakal pengantin terbabit meminta penjelasan daripada wanita itu yang didakwa gagal memenuhi pakej perkahwinan dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan. -BERNAMA

Kategori