Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tak Layak Bertanding, Tian...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini memfailkan saman pemula...

Kes Dadah Di Labuan...

LABUAN - Jumlah kes dadah di Labuan menurun 32 peratus tahun lepas berikutan...

Ibu Bapa ‘Sumpah’ Sajat...

AKHIRNYA selepas penantian yang penuh mendebarkan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (Jakim) telah...

Bina Stadium RM70 Juta...

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor awal tahun ini dengan penuh...

Perasmian Sukan SEA Oleh Agong Penuh Meriah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V malam ini berkenan merasmikan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keberangkatan tiba baginda pada 8.22 malam diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Temasya sukan dwitahunan itu secara rasmi bermula setelah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar, memohon perkenan Seri Paduka bagi menyempurnakan upacara pengisytiharan di pentas diraja.

“Dengan lafaz suci Bismillahirahmanirrahim, Beta dengan sukacitanya merasmikan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017. Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,” titah baginda.

Hadir sama barisan menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC), Khairy Jamaluddin; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Penganjuran KL2017 yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah buat kali keenam sejak 1965.

Ia melibatkan penyertaan 5,000 atlet dari 11 negara yang akan bertanding dalam 404 acara daripada 38 jenis sukan. – BERNAMA

Kategori