Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jangan Terpengaruh Dengan Fatwa...

TUMPAT - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar...

Wanita Maut Digilis Lori

ALOR GAJAH: Seorang wanita maut digilis sebuah lori apabila motosikal ditungganginya dipercayai bergesel...

“Saya Gembira Bila Ramai...

ANAK-ANAK kepada selebriti popular pasti akan 'terkena' tempias populariti ibu bapa mereka dan...

Jenama Harumanis Jadi Hak...

PADANG BESAR - Ikon Perlis, mempelam 'Harumanis' secara rasmi disahkan sebagai hak milik...

Peringatan Annuar Buat Bakal Presiden Kafa

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa telah meninggalkan pesanan kepada individu yang bakal menerajui badan induk tersebut.

Annuar berkata, beliau lega apabila ramai yang tampil dan menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah ditinggalkannya itu.

“Saya harap akan ada lagi yang tampil. Lebih ramai lebih baik.

“Cuma perlu saya peringatkan sesiapa yang mahu memimpin Kafa perlulah benar-benar meminati sukan itu dan bukan sekadar memikirkan publisiti dan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, Selasa.

Kenyataan ini dibuat selepas Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn. Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim pada Isnin menawarkan diri untuk menjadi presiden demi melihat perubahan kepada Kafa dan pasukan negeri kelahirannya sendiri.

Syarikat ini juga mempunyai pengalaman sebagai salah satu penaja The Red Warriors (TRW) sebelum ini.

Dalam pada itu Annuar turut mengingatkan tentang bajet dan tanggungjawab besar individu yang menggalas peranan seorang presiden.


“Perlu diketahui tanggungjawab Kafa tidak hanya pada pasukan TRW, tapi juga The President Warriors (TPW), The Young Warriors (TYW), ahli gabungan, futsal, bola sepak wanita, kejurulatihan, pengadil dan lain-lain lagi.

“Untuk mengendalikan semua itu Kafa memerlukan bajet tahunan tidak kurang dari RM12 juta atau kira-kira RM1.0 juta sebulan.

“Saya percaya tokoh-tokoh yang menawarkan diri mampu melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya.

Sebelum ini, Kafa membuat tawaran secara terbuka kepada mana-mana individu berwibawa yang mahu memimpin badan induk itu dan pemilihan akan dibuat pada Kongres Agung Tahunan Kafa Ke-63 pada pertengahan September ini. – mStar Online

Kategori