Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bacaan IPU Seakan Memberi...

SEBELUM artikel ini ditulis, kami ada memaparkan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini...

Perompak Gagal Rompak Mesin...

MIRI - Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik...

Mira Twit Kata Nak...

TAK ada angin, tak ada ribut... Tiba-tiba sahaja dengar cerita pelakon cantik manis,...

Fama Anjur Program Jualan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengadakan program Jualan Pasca Banjir...

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Ke 11 Sept

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 11 Sept, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata, dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara jam 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan.

ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹Ramli berkata, berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.


Katanya perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – BERNAMA

Kategori