Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Raja Bomoh Mengaku Bersalah...

KUALA LUMPUR - 'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin hari ini...

Siti Saleha Sahkan Berkahwin...

SETELAH lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinannya, akhirnya aktres cantik Siti Saleha mendedahkan kepada...

Peminat Tolkien Bertempur Di...

PRAGUE - Lembing melayang, pedang bertingkah dan panah berterbangan di hutan di Republik...

Fatwa Terhadap Syiah Boleh...

GEORGETOWN - Fatwa yang menetapkan Syiah sebagai ajaran menyimpang daripada Islam boleh disemak...

Perkahwinan Diraja Johor Penuh Adat Istiadat

JOHOR BAHRU – Malam tadi telah berlangsungnya majlis persandingan kerabat diraja Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan pasangan, Dennis Muhammad Abdullah.

Ia diadakan di Istana Besar yang telah dihadiri seramai 1,200 tetamu jemputan termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha; Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tunku Azizah Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teoh Chee Hean dan isteri.

Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin, selaku Mufti Negeri telah menggalas tanggungjawab sebagai jurunikah bagi majlis perkahwinan diraja ini.

Baca: Tunku Tun Aminah, Dennis Selamat Diijab Kabul

Majlis ini juga disaksikan oleh ayahnda Tunku Tun Aminah sendiri, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bondanya, Raja Zarith Sofiah serta ahli keluarga terdekat serta ibu baapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Varbaas dan saudara mara terdekat kedua mempelai.

Turut memeriahkan majlis, beberapa orang teman rapat Dennis yang diterbangkan dari Belanda untuk menjadi saksi perkahwiann ini.

Dennis Muhammad, yang segak berpakaian tradisional baju melayu Teluk Belanga dibawa ke sebuah bilik istimewa yang mana berlangsungnya istiadat sarung cincin.

Beliau menyarungkan cincin perkahwinan ke jari kanan Tunku Tun Aminah. Selain itu, ibu kepada Dennis, Henriette telah menyarungkan cincin pertunangan di jari kanan Tunku Tun Aminah.


Mas kahwin yang diberikan ialah sebanyak RM22.50. Bersamaan dengan jumlah mas kahwin bagi anak dara kelahiran negeri Johor.

Selepas tamat majlis menyarung cincin, kedua pasangan diraja ini memberi penghormatan kepada orang tua masing masing denga mencium tangan mereka di lobi utama istana.

Sebelum majlis akad nikah berlangsung, keluarga pengantin lelaki juga telah memberi beberapa dulang hantaran dan telah dibawa ke dewan oleh Angkatan Tentera Johor. Hantaran yang diberikan ialah sembilan dulang berbalas tujuh dulang.

Bagi hantaran dari pihak Diraja Johor pula, hantaran yang diberikan merupakan senaskah al-Quran, cincin emas, set baju melayu Teluk Belanda, sampin tradisonal, sirih junjung, kek, halwa maskat tradiosnal, serta bunga rampai. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori