Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sistem Amaran Tsunami Malaysia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai sistem dan kelengkapan yang cukup baik untuk mengesan...

VIDEO: Pencuri ‘Lahanat’ Langkah...

PERANGAI serupa syaitan.. itulah ayat yang sesuai diberikan kepada seorang pencuri 'lahanat' yang tergamak...

Ketua Balai Didakwa Beri...

KUANTAN - Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu di Pekan dihadapkan ke Mahkamah...

Jangan Bekam Bayi, Susu...

PETALING JAYA - Video menunjukkan seorang bayi dibekam sebagai rawatan sampingan membuang angin...

Perkhidmatan Basikal, Motosikal Elektrik Dihentikan

MELAKA – Perkhidmatan basikal dan motosikal elektrik yang beroperasi di sekitar pusat tumpuan pelancong di Bandar Hilir di sini diarah berhenti serta-merta, kata Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad.

Beliau berkata arahan bersifat sementara yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu dibuat kerana kenderaan berkenaan beroperasi tanpa lesen dan boleh mengganggu keselamatan pengguna lalu lintas di kawasan tersebut.

“Kami terima banyak aduan atau laporan tentang pengoperasian basikal dan motosikal elektrik yang menyebabkan kemalangan selain ia mengganggu laluan pengayuh beca berlesen dan pejalan kaki terutama di Jalan Kota.

“Selain itu, pengguna atau pelancong yang menyewa kenderaan berkenaan khususnya motosikal elektrik tidak mematuhi undang-undang jalan raya kerana tidak memakai topi keledar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Pengayuh Beca negeri Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha MBMB Sheikh Nasir Sheikh Salim dan  Pengurus Besar Tourism Melaka Norena Jaafar.

Mengulas lanjut, Ghazale berkata pemberhentian pengoperasian sementara bagi perkhidmatan berkenaan juga bertujuan untuk menyelaras laluan yang sesuai bagi kenderaan tersebut.


Beliau berkata langkah tersebut akan dilakukan beberapa agensi penguatkuasaan termasuk MBMB dan Polis Diraja Malaysia bersama pengusaha perkhidmatan kenderaan berkenaan.

Sementara itu, katanya empat persatuan beca di negeri ini perlu bergabung sebagai satu entiti atau persatuan beca tunggal bagi memastikan kebajikan pengayuh beca terbela selain isu berkaitan mereka dapat diselesaikan dengan baik selain menyelaras segala aktiviti berkaitan.

Ghazale berkata setakat ini seramai 286 pengayuh beca berdaftar di bawah MBMB dan daripada jumlah itu, 145 pengayuh beca tidak menjadi ahli persatuan.

“Kami lihat kesedaran pengayuh beca dalam melaksanakan tugas mereka semakin meningkat. Sekiranya mereka mengekalkan momentum ini, imej pengayuh beca di negeri ini akan bertambah baik kerana beca merupakan satu ikon pelancongan negeri yang terkenal,” katanya. – BERNAMA

Kategori