Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Tun Abdullah Adalah Tokoh...

KEPALA BATAS - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan tokoh pemimpin...

Ratu Swaziland Kagum Dengan...

KUALA LUMPUR - Swaziland mahu mempelajari pengendalian Pusat Permata Kurnia Negara untuk kanak-kanak...

Polis Kunak Rampas 12...

KUNAK - Polis merampas 12 ekor ayam sabung hasil serbuan ke atas sebuah...

Huru-Hara Dijangka Wujud Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan...

Perlis Sumbang 140 Lembu Untuk Ibadah Korban

ARAU – Kerajaan negeri menyumbang 140 lembu bagi melaksanakan ibadah korban kepada rakyat Perlis bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka jatuh pada Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam & Pembangunan Sumber Manusia negeri Datuk Khairi Hassan mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menyerahkan kesemua lembu tersebut yang bernilai RM700,000 kepada penerima di Kuaters Veterinar, Guar Nangka, dekat sini, hari ini.

Katanya 98 daripada lembu itu diagihkan kepada 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 10 ekor masing-masing kepada jabatan negeri dan persekutuan di Perlis.

“Antara penerima termasuk agensi penguat kuasa seperti tentera, polis dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM),” kata Khairi kepada pemberita selepas selesai majlis penyerahan tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar jabatan negeri dan persekutuan di Perlis melaksanakan ibadah korban bersama-sama pada masa hadapan.


Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis Dr Arman Kisun serta ketua jabatan lain di Perlis. – BERNAMA

Kategori