Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan...

Pesiden PAS, Abdul Hadi Awang, perlu dipertanggungjawabkan atas kenyataannya mengaitkan faktor bangsa dan...

TLDM Hantar KD Lekiu...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan buat julung kali menghantar...

2 Beradik Lemas Ketika...

ALOR GAJAH - Dua beradik lemas manakala seorang lagi terselamat ketika sedang mandi...

226 Pati Filipina Diusir...

Kota Kinabalu : Seramai 226 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina dipindahkan...

Permatang Pauh Bergegar! Makan Bersila Dengan PM

PERMATANG PAUH – Lebih 20,000 orang hadir ke Majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini hari ini.

Di sebalik ancaman biadab sekumpulan aktivis PKR cuba sabotaj program itu, orang ramai tanpa mengira latar belakang mula membanjiri padang PSP sejak pukul 9 pagi lagi biarpun majlis hanya bermula dua jam kemudian.

Najib tiba di PSP pada pukul 12.05 tengah hari dan seterusnya bersama-sama dengan orang ramai kemudian menikmati pelbagai jenis hidangan secara duduk bersila yang mengikuti adat warisan budaya Melayu.

Program anjuran UMNO Bahagian Permatang Pauh yang julung kali dianjurkan itu bersempena menyambut lawatan kerja Najib di Pulau Pinang selain menyasarkan catatan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Dianggarkan sejumlah 21,380 orang menyertai acara kenduri mega tersebut sekali gus berjaya disenaraikan MBOR sebagai bilangan peserta paling ramai yang makan dengan duduk bersila secara serentak dalam satu masa.


Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO tiba di Hotel Light di Seberang Jaya kira-kira pukul 10.40 pagi bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama barisan kepemimpinan BN Pulau Pinang.

Terdahulu, beliau tiba di Pangkalan Udara di Butterworth kira-kira pukul 10.10 pagi dengan disambut Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau dijadualkan melancarkan Rangka Kerja Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Bukit Jambul dan melawat Projek Perumahan Kos Sederhana Casa Anggun di Sungai Nibong. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori