Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kegigihan ‘Frontliners’ Dapat Penghargaan...

KUALA LUMPUR - Kecekapan Malaysia dalam mengendalikan pandemik COVID-19 dan pengurusan kuaratin yang...

Polis Perak Bantu Kesan...

IPOH: Polis Perak mengadakan 54 sekatan jalan raya (SJR) menerusi Op Tutup bagi...

Cium Pipi Wanita, Wak...

MEMILIKI 1.7 juta pengikut di laman Instagram, nama selebriti media sosial Wak Doyok...

Gorila ‘Hensem’ Berjaya Pikat...

SEEKOR gorila jantan yang tinggal di Zoo Higasyiyama dan Taman Botanical di Nagoya,...

Persekutuan Bantu Sarawak Majukan Sumber Air

KUCHING – Kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan membantu Sarawak memajukan sumber airnya serta menyelesaikan isu bekalan air dan elektrik di negeri ini, kata Menteri Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Rundi berkata beliau dan menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, serta Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengadakan perbincangan tentang perkara itu semalam.

“Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Maximus yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk mendapatkan maklum balas dan membincangkan isu berkaitan air dan tenaga elektrik di Sarawak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai persiapan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri.

Beliau berkata Maximus memberi jaminan kepada ketua menteri bahawa beliau akan memberi sokongan padu kepada Sarawak bagi membolehkan negeri ini mempunyai perancangan sewajarnya berkaitan program pembangunan bekalan air dan elektrik.

“Air komoditi yang sangat penting dan kami cuba mengasingkan hidrogen daripada oksigen supaya ia boleh digunakan untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kenderaan. Begitulah perancangan kami mengenai sumber air kami untuk masa akan datang,” katanya.

Rundi berkata pada pertemuan itu, Abang Johari juga memohon agar lebih banyak peruntukan diberi kepada Sarawak bagi melaksanakan projek bekalan air dan elektrik.

Mengenai tenaga elektrik, beliau berkata kerajaan persekutuan mewujudkan program baharu dikenali sebagai MySuria untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Menurutnya, RM45 juta diperuntukkan bagi program berkenaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, Sarawak mendapat RM5 juta untuk melaksanakan projek perintis melibatkan 200 isi rumah.


“Sekiranya berjaya, kami akan memperluaskannya,” kata beliau dan menambah bahawa kementeriannya sedang mengenal pasti kampung yang akan terlibat dengan projek itu yang akan dilaksanakan menjelang penghujung September ini.

Rundi berkata beliau berpendapat Sabah dan Sarawak sepatutnya diberi peruntukan lebih besar memandangkan masih banyak penduduk luar bandar di kedua-dua negeri itu belum menikmati bekalan elektrik.
​​​​​​​
Bagaimanapun, menurut beliau, setakat 2016, 87 peratus penduduk Sarawak sudah menikmati bekalan elektrik.

“Kami ada program dikenali sebagai Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES), yang telah dilaksanakan di 52 kampung, manakala 78 kampung lagi akan dilaksanakan tahun depan.

“Saya dapat melihat kejayaan SARES dan diharapkan, menjelang 2025, 100 peratus negeri ini akan mempunyai bekalan elektrik,” kata Rundi. – BERNAMA

Kategori