Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kim Swee Yakin Malaysia...

YANGON - Peluang skuad Harimau Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki...

Amaran Angin Kencang Hingga...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang di perairan Pahang, Johor...

Tengok Gaya Bahasa Ini…....

Bagaimana agaknya status cek di dalam gambar ini. Adakah ia masih boleh ditunaikan...

Mahkamah Larang Merokok Di...

IENNA - Bayangkan jika anda dilarang oleh mahkamah daripada merokok di dalam rumah...

Persiapan Temasya KL2017 Di Fasa Akhir

KUALA LUMPUR – Persiapan bagi penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017 atau KL2017)  yang kini di fasa akhir berada pada tahap memuaskan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy yang turut mempengerusikan mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pengelola KL2017 berkata pihaknya turut berpuas hati dengan persiapan yang telah dan sedang dilaksana 18 jawatankuasa yang ditubuhkan.

“Laporan yang diterima daripada setiap jawatankuasa amat memuaskan dan aspek-aspek seperti keselamatan, penginapan, makanan, pengangkutan, kemudahan, peralatan pertandingan, kawalan trafik, perubatan, anti doping dan protokol diberi perhatian serius,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat  hari ini berkaitan persediaan dan persiapan  KL2017.

Khairy berkata dari segi keselamatan, pihak berkenaan kini bersedia sepenuhnya untuk menangani sebarang ancaman.

Menurutnya, semua lokasi pertandingan termasuk venue utama iaitu Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil telah siap dan kini sedang melalui proses pelengkapan peralatan.

“Kemudahan lain seperti Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) yang turut menempatkan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) dan Pusat Media Utama (MPC) akan siap sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.

“Empat dewan utama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan diubah untuk dijadikan venue pertandingan bagi enam jenis sukan. Venue lain termasuk venue yang ditetapkan sedang melalui proses sentuhan terakhir sebelum menerima ketibaan atlet dari 11 negara Asia Tenggara bermula 14 Ogos ini,” katanya.

KL2017 katanya, mendapatkan khidmat 13,000 sukarelawan iaitu 9,000 untuk Sukan SEA dan 4,000 untuk Sukan Para ASEAN, dan mereka mengikuti dua fasa latihan selama lebih 100 hari mencakupi kursus umum seperti tugas dan tanggungjawab sukarelawan serta latihan spesifik mengikut tugasan.


“Dari segi persiapan atlet, program ‘Kita Juara’ di bawah Majlis Sukan Negara telah memasuki fasa terakhir bermula April lepas dan seramai ​​​​​​874 atlet daripada 38 jenis sukan akan mewakili kontinjen negara dengan menyertai 398 acara sukan,” kata menteri itu

Menurutnya, atlet negara dibantu 390 jurulatih, pengurus pasukan dan pegawai kontinjen yang menjadikan jumlah keseluruhan kontinjen negara seramai 1,264 orang iaitu penyertaan terbesar kontinjen negara dalam sejarah penyertaan Sukan SEA sejak 1959.

“Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 pada 10 Ogos 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V,” katanya.

Khairy berkata pihaknya juga optimis negara dapat menjuarai Sukan SEA Kuala Lumpur sekali gus mengulangi kejayaan negara pada 2001.

“Insya-Allah kita akan ulangi kejayaan pada 2001 iaitu kali terakhir kita jadi tuan rumah Sukan SEA dengan pungutan 111 pingat emas. Untuk kali ini sasaran pingat emas akan saya umumkan semasa penyerahan bendera daripada Yang di-Pertuan Agong kepada kontinjen Malaysia,” katanya.

Perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur ialah pada 19 Ogos dan penutupannya pada 30 Ogos manakala perasmian Sukan Para ASEAN ialah pada 17 Sept dan penutupan pada 23 Sept. – BERNAMA

Kategori