Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Angkasa Mohon ICA Bantah...

KLANG - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memohon kepada Ikatan Koperasi...

Pembangkang Berusaha Bunuh Karakter...

KUALA LUMPUR - Segala usaha dan percubaan pembangkang memfitnah dan membunuh karakter Perdana...

5,400 Lepasan UPSR Keluarga...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 5,400 pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada...

Bekas Pemimpin Pemberontak Liberia...

NEW YORK - Seorang bekas pemimpin pasukan bersenjata Libya yang pernah mengetuai pasukannya...

Pesalah Buli Perlu Dikenakan Hukuman Paling Keras

PASIR PUTEH – Pelajar yang terlibat dalam kes buli perlu dikenakan hukuman paling keras supaya kejadian tersebut tidak berulang, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata hukuman yang kenakan sekarang tidak dapat membendung kejadian buli di sekolah yang terus berlaku.

“Saya tidak bersetuju kalau setakat hendak gantung (persekolahan) 10 hari, tak payah, kita kena buat lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda UMNO Pasir Puteh, di sini hari ini.

Katanya beliau lebih bersetuju jika pelajar yang membuli dibuang sekolah namun peraturan tidak membenarkan tindakan itu diambil.

Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mengulas kes buli ke atas tiga pelajar sebuah kolej vokasional di Terengganu oleh sekumpulan pelajar dari kolej sama dalam dua kes berasingan pada Isnin dan Selasa lepas.


Katanya beliau kecewa dan sedih dengan kejadian tersebut tatkala usaha giat dilakukan melibatkan pelbagai pihak bagi membanteras kejadian buli melibatkan pelajar.

“Saya kecewa dalam masa kita bercakap pasal buli, hukuman, peraturan, kita minta guru, ibu bapa, pelajar jauhkan daripada segala perkara yang boleh dianggap sebagi buli tetapi dalam masa sama di kolej vokasional tersebut berlaku kes buli,” katanya. – BERNAMA

Kategori