Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Akibat Seks...

ORANG zaman sekarang ni nafsunya mengalahkan nafsu kuda. Biasanya seks ganas ini seringkali...

Mayat 2 Pelajar Nigeria...

KUCHING - Mayat kedua-dua pelajar lelaki warganegara Nigeria yang dilaporkan hilang apabila bot...

Mara Peruntuk RM2 Bilion...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Majlis Amanah Rakyat (Mara)...

Remaja Derita Kaki Membesar...

China - Seorang pemuda berusia 21 tahun terpaksa menderita selama bertahun-tahun selepas kaki...

Pindaan RUU Lulus, Kebajikan Tentera Tak Berpencen

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 diluluskan pada sidang Dewan Rakyat hari ini bertujuan menjamin kebajikan pegawai dan askar  yang tidak berpencen di bawah skim Anuiti Veteran.

RUU itu  yang dibentangkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin diluluskan setelah mendapat sokongan majoriti anggotai Dewan Rakyat.

Mohd Johari ketika menggulung perbahasan berkata  menerusi skim baharu yang diperkenalkan itu, anggota tentera yang tidak berpencen akan menerima pemberian pendapatan tetap secara bulanan menerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

“Susulan persetujuan jemaah menteri dan mengambil kira faedah jangka panjang yang bakal diterima, maka pindaan dibuat kepada Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101) bagi mewujudkan skim ini.

“Seramai 831 anggota setiap tahun akan mendapat faedah daripada skim ini yang sekaligus dapat menjamin kebajikan pegawai dan askar laskar yang tidak berpencen termasuk keluarga mereka,” katanya.


RUU itu antara lain memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan dan membenarkan Tabung Angkatan Tentera digunakan bagi pembayaran anuiti di bawah skim itu.

Mohd Johari berkata pindaan itu juga membolehkan pemotongan gaji bagi caruman askar berkelayakan untuk pencen diteruskan jika perkhidmatan mereka disambung sehingga diberhentikan daripada Angkatan Tentera Malaysia. – BERNAMA

Kategori