Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Liyana Jasmay, Suami Selamat...

Pelakon Liyana Jasmay selamat melahirkan cahaya mata kedua, di sebuah hospital swasta di ibu...

Mahfuz Ke Blok Bebas...

KUALA LUMPUR - Tempat duduk Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan...

Low Testing Increases Likelihood...

THE health authorities in Malaysia continue to follow a questionable strategy of low...

Arab Saudi Akan Terkilan...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan...

PM Melancarkan Digital Langkawi 2017

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Digital Langkawi 2017, satu inisiatif untuk memangkinkan pembangunan ekonomi digital Kedah, di sini.

Di bawah program ini, pelbagai inisiatif akan dibangunkan yang antaranya termasuk aplikasi pelancongan Mycribbooking, aplikasi pemantauan keselamatan dan Cashless School, satu sistem pembayaran tanpa wang di sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah Datuk Norsabrina Mohd Noor menyifatkan pelaksanaan inisiatif ini sebagai satu hadiah terbesar kerajaan persekutuan pimpinan Najib kepada negeri Kedah.

“Inisiatif ini akan menjadi persediaan kita untuk menghadapi revolusi digital,” katanya semasa berucap di majlis itu.

Menurutnya lebih RM200 juta telah diperuntukkan setakat ini untuk menjayakan inisiatif itu yang sekali gus menjadikan Langkawi sebagai pulau digital pertama di Malaysia.

Norsabrina berkata masih banyak lagi projek-projek lain yang hendak dilaksanakan di bawah inisiatif dan memerlukan sokongan dan peruntukan berterusan khususnya daripada kerajaan persekutuan.


Sementara itu, Najib turut melawat beberapa ruang pameran yang disediakan sempena pelancaran Digital Langkawi ini, selain melancarkan i-muamalat, aplikasi mudah perbankan oleh Bank Muamalat.

Sebanyak 40 pempamer yang dibahagikan kepada kluster-kluster perkhidmatan dan inovasi; pendidikan dan penyelidikan; dan kerajaan dan kepenggunaan menyertai karnival dua hari itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, yang akan berakhir esok.

Program-program lain yang diadakan termasuk pembentangan produk dan inovasi ICT, ceramah, pengenalan aplikasi digital dan kempen-kempen #youcanduit dan MyDigitalMaker. – BERNAMA

Kategori